SG hantar kit ujian mpox ke Afrika, bantu usaha bendung penularan
Anggaran Waktu Membaca:
Gejala yang dialami akibat mpox. (Gambar fail: AP)
SINGAPURA: Singapura sedang membantu usaha Afrika membendung penularan mpox dengan memberikan kit diagnostik dan bekalan ujian, yang boleh digunakan untuk sehingga 50,000 ujian mpox.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), kekurangan bekalan asas itu merupakan cabaran besar dalam mengawal penularan mpox.
Pada Ogos, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam global.
Setakat bulan ini, 19 negara anggota Kesatuan Afrika terjejas, dengan 12,000 kes disahkan tahun ini.
Pelan tindak balas bencana benua untuk memperluas ujian mpox sudah dilaksanakan oleh Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Afrika serta WHO.
Ia akan membantu mengesan, mengawal dan menguruskan kes mpox.
Menurut CDC Afrika, usaha tersebut boleh menangani penularan penyakit itu.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, sumbangan Singapura mencerminkan komitmen negara ini untuk mengukuhkan kerjasama global dalam kesihatan awam.
Dengan membantu negara lain, Singapura turut mengukuhkan daya tahan serantau.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.