SG hantar bantuan kemanusiaan ketiga ke Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
Bantuan kemanusiaan untuk Gaza dibawa oleh pesawat C-130 RSAF. (Gambar: MINDEF)
SINGAPURA: Singapura akan menghantar kumpulan ketiga bantuan kemanusiaan bagi Gaza menerusi Jordan.
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Jumaat (15 Mac).
Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan akan melakukan lawatan kerja ke Amman, Jordan dari Sabtu (16 Mac) hingga Ahad (17 Mac) untuk menyerahkan bantuan dengan kerjasama kerajaan Jordan.
Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) akan menggunakan sebuah Pesawat Muatan Berbilang Peranan (MRTT) A330 dan sebuah pesawat pengangkutan C-130 bagi misi tersebut, menurut MFA.
Atas undangan kerajaan Jordan, pesawat C-130 akan terus berada di sana dan menjalankan operasi dari Jordan bagi menggugurkan bantuan kemanusiaan dari udara dengan sokongan Angkatan Bersenjata Jordan, tambah MFA.
Pusat Penyelarasan Bantuan Bencana dan Sokongan Kemanusiaan Serantau Changi (RHCC) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) memimpin usaha untuk menyelaras dan menggabungkan sumbangan bekalan bantuan kemanusiaan daripada agensi-agensi termasuk SAF, Kementerian Kesihatan (MOH) dan pertubuhan bukan pemerintah, Relief Singapore, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Jumaat.
Seramai 69 pegawai dikerahkan untuk menyokong operasi tersebut dan mereka berlepas awal Jumaat menaiki MRTT dan C-130, masing-masing dari Pangkalan Udara Changi (Timur) dan Pangkalan Udara Paya Lebar, tambah MINDEF.
Lawatan Dr Balakrishnan "mengesahkan lagi hubungan kukuh Singapura dengan rakan-rakan di Timur Tengah yang membolehkan kami menghantar bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza, dengan berkesan dan tepat pada masanya", menurut MFA.
Dr Balakrishnan diiringi Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad dan para pegawai MFA.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga mengutus surat kepada raja Jordan Raja Abdullah II untuk menzahirkan penghargaan Singapura kepada kerajaan Jordan kerana memudahkan penghantaran bantuan Singapura ke Gaza.
PM Lee menambah bahawa RSAF "menyambut baik peluang bekerjasama dengan Angkatan Udara Diraja Jordan untuk mengugurkan bekalan bantuan dari udara ke Gaza".
"Memandangkan keadaan kemanusiaan yang meruncing di Gaza, masyarakat antarabangsa harus bekerjasama demi meringankan penderitaan dan menyelamatkan sebanyak mungkin nyawa.
"Singapura akan melakukan apa yang terdaya untuk membantu orang awam di Gaza," kata PM Lee.
Tambahnya, Singapura terus menghargai kepimpinan aktif Raja Abdullah dalam usaha mencapai huraian bagi konflik berlarutan Israel-Palestin.
"Kami percaya bahawa rundingan bagi huraian dua negara, konsisten dengan ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang relevan, dan merupakan satu-satunya pilihan untuk mencapai keamanan menyeluruh, adil dan berdaya tahan antara penduduk Israel dengan Palestin.
"Langkah ke hadapan akan lebih mencabar, namun kita tidak boleh putus harapan," kata PM Lee.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.