SG 'hampir-hampir' campur aduk isu kaum dan agama dengan politik semasa GE2025, kata Ong Ye Kung
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berucap di parlimen pada 23 September 2025.
SINGAPURA: Singapura "hampir-hampir" mencampuradukkan isu kaum dan agama dengan politik semasa Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025), kata Menteri Kesihatan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial Ong Ye Kung pada Selasa (23 Sep).
Berucap di parlimen pada hari kedua perbahasan mengenai Ucapan Presiden, Encik Ong berkata Perdana Menteri Lawrence Wong sendiri terpaksa menegaskan perkara ini semasa kempen GE2025.
“Jika sesuatu yang berbeza berlaku, ia akan membawa implikasi buruk dan berlarutan terhadap perpaduan, keharmonian dan fabrik masyarakat Singapura,” tambahnya.
Pertahanan terbaik terhadap populisme adalah dengan menolaknya sama sekali, kata Encik Ong.
“Itulah yang hampir-hampir berlaku semasa GE2025,” ujarnya.
“Tiada parti atau calon yang menang kerusi dengan mencadangkan program kebajikan sosial yang tidak mampan, meruntuhkan institusi, atau membangkitkan sentimen anti-warga asing. Sebaliknya, nilai-nilai murni kita menyerlah dengan ketara.”
Sungguhpun begitu, beliau memberi amaran bahawa populisme berpunca daripada kebimbangan sebenar dalam kalangan rakyat, seperti ketidaksamaan atau persaingan berlebihan bagi pekerjaan dan ruang oleh warga asing.
“‘Benih’ populisme wujud dalam setiap masyarakat. Persoalannya ialah sama ada benih ini dibenarkan untuk berakar dan terus bertapak,” kata Encik Ong.
“Sesiapa yang menyebarkan kebenaran yang lemah dan separa, serta huraian mudah tetapi tidak lengkap, hanya akan menyuburkan benih ini; sesiapa yang enggan melakukan kerja kognitif yang sukar bagi merangka dasar rasional menyediakan tanah subur bagi benih-benih ini.”
POPULISME DALAM POLITIK
Walaupun “setiap ahli politik berharap untuk menjadi popular,” kata Encik Ong, populisme adalah sesuatu yang berbeza.
Golongan populis sering menggunakan naratif “kami lawan mereka,” bagi memperlihatkan diri mereka sebagai pejuang rakyat menentang golongan elit, institusi atau pihak luar, serta menawarkan huraian mudah kepada masalah yang rumit.
Populisme berhaluan kanan, yang sering dikaitkan dengan kebimbangan terhadap imigresen dan pendatang asing, kini semakin berleluasa, kata Encik Ong, merujuk kepada negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Jepun.
“Populisme membawa masyarakat ke jalan kehancuran - mewujudkan perpecahan yang tidak dapat dipulihkan antara masyarakat, dan membangkitkan xenofobia serta perkauman,” katanya lagi.
“Akhirnya, sama ada sistem fiskalnya runtuh atau masyarakat akan berpecah belah.”
Singapura tidak terkecuali, katanya, sambil merujuk kepada dakwaan Parti Kemajuan Singapura (PSP) selepas GE2020 yang berhujah bahawa Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) India-Singapura - Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh India-Singapura (CECA) - memberi karyawan India “kebebasan mutlak” untuk bekerja di Singapura.
Sebagai mantan perunding perdagangan, Encik Ong berkata beliau tahu dakwaan itu tidak benar, merujuk kepada kenyataan menteri yang menyentuh tentang isu tersebut.
PENGUNDI SEMAKIN PANDAI MENILAI
Encik Ong berkata Pilihan Raya Umum yang lalu (GE2025) menunjukkan bahawa parti-parti politik kini diadili dengan piawaian lebih tinggi oleh pengundi.
Walaupun wujud peningkatan 'meme' dan video tular, beliau berkata “rakyat Singapura semakin bijak menilai, menuntut maklumat bermutu mengenai dasar yang dikemukakan oleh pelbagai parti."
Rakyat memandang serius terhadap kewajipan mereka sebagai pengundi, menghadiri rapat atau menontonnya secara online, dan mendengar podcast untuk memahami pandangan para calon yang bertanding.
Cadangan berunsur populis dan mudah sering disambut dengan keraguan, kata Encik Ong.
Namun, beliau memberi amaran bahawa pendekatan sebegini tidak boleh diambil ringan.
Beliau merujuk kepada kemunculan Ketua Parti Pekerja (WP), Pritam Singh, dalam sebuah podcast di Malaysia, di mana beliau berkata PAP mengelak isu-isu sukar semasa kempen GE2025.
Encik Ong tidak bersetuju, sambil berkata terdapat “perbincangan substantif” mengenai isu seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang diketengahkan oleh perdana menteri dan menteri lain semasa rapat dan podcast.
Perbincangan politik sebegini mesti diteruskan selepas pilihan raya, tambahnya.
PILIHAN ALTERNATIF SEBENAR DIPERLUKAN
Encik Ong menegaskan bahawa parti pembangkang perlu menawarkan alternatif sebenar, bukan sekadar ubah suai dasar pemerintah atau “hanya mengikut arus popular setiap kali sesebuah isu menjadi tular.”
Beliau menyebut bagaimana demokrasi matang menunjukkan wawasan berbeza: di Britain mengenai Brexit atau di Amerika antara Republican dan Democrat.
Pengundi mahukan lebih daripada sekadar variasi kecil dasar PAP, yang tidak berupaya menjadi alternatif sebenar, katanya.
Dengan cara ini, undi bagi PAP adalah pengesahan prinsip dan gaya tadbir urus, manakala undi untuk pembangkang datang dengan sokongan untuk dasar dan hala tuju yang mereka cadangkan, dan “bukan hanya undi untuk semak dan imbang.”
WP PERLU “WAJARKAN KEDUDUKANNYA”
Sebagai satu-satunya parti pembangkang di parlimen, WP perlu “mewajarkan kedudukannya” dengan membangunkan visi, dasar dan laluan alternatif sendiri, kata Encik Ong.
WP mengekalkan 10 kerusi dan meraih dua kerusi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) dalam pilihan raya lalu.
Rakyat Singapura mengharapkan piawaian tinggi kejujuran dan kebertanggungjawaban daripada pemerintah dan parti pemerintah.
Piawaian yang sama mesti dipatuhi parti pembangkang, terutamanya yang benar-benar memaparkan diri mereka sebagai pilihan alternatif, kata Encik Ong.
Dari semasa ke semasa, anggota parti mungkin bertindak secara tidak beretika atau bahkan secara haram, katanya. Namun bagaimana parti bertindak balas amat penting.
PAP akan berusaha untuk berkhidmat kepada semua rakyat Singapura, termasuk mereka yang tidak mengundi parti tersebut, tambahnya.
Encik Ong mengulangi seruan Presiden Tharman Shanmugaratnam untuk mengukuhkan perpaduan, sambil menegaskan politik tidak harus memecahbelahkan negara atau mengundang campur tangan asing.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.