Skip to main content

Singapura

SG guna robot untuk pikat bakat muda; bantu firma tangani masalah kurang tenaga kerja

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mengalihkan tumpuan kepada robot untuk memberi peluang kepada bakat muda dan syarikat-syarikat yang banyak bergantung kepada tenaga buruh untuk menangani masalah kekangan kakitangan.

Ketua Eksekutif Program Robotik Nasional Singapura Profesor Quek Tong Boon berkata pihaknya sedang mengkaji robot-robot yang boleh membantu para pekerja menjalankan peranan yang mencabar dan berbahaya.

Ini termasuk robot-robot jagaan kesihatan yang boleh meringankan beban kerja para jururawat atau mesin pembinaan yang boleh memeriksa bangunan-bangunan selepas ia selesai dibina, katanya dalam rancangan CNA Singapore Tonight pada Khamis (5 Okt).

Buat masa ini, industri-industri yang berdepan dengan kekangan tenaga manusia sudah mula bergantung kepada penggunaan robot dan teknologi bijak.

TANGANI KETERBATASAN BURUH

Di sesetengah restoran, robot-robot digunakan untuk membantu mengangkat hidangan-hidangan yang berat.

"Pekerjaan ini sangat sukar ... dan mereka perlu mengangkat banyak benda barat. Tetapi (pelayan robot) boleh membantu mereka untuk kurang berjalan dan mengangkat (barang)," kata Encik Jaden Kim, pengarah urusan Bear Robotics, iaitu syarikat yang menghasilkan robot khususnya bagi sektor pelayanan.

Syarikat Weston Robot misalnya, yang membina pelbagai robot termasuk robot anjing yang boleh meronda dan mengesan penceroboh, berharap penggunaan mesin seumpama itu dapat menarik lebih ramai anak muda untuk menyertai sektor-sektor seperti pengurusan kemudahan.
Related article image
Menurut syarikat tersebut, skop pekerjaan akan berubah dengan robot melakukan tugas seumpama itu, manakala bakat muda boleh cuba mengurus atau menyenggara robot-robot yang digunakan.

CABARAN DIHADAPI PENGELUAR ROBOT

Meskipun terdapat permintaan bagi teknologi bijak, para pengeluar robot menyuarkan pelbagai keprihatinan.

Dr Zhang Yanliang, ketua saintis dan pengasas bersama Weston Robot berkata salah satu cabaran yang dihadapi oleh syarikatnya ialah pemerolehan bakat.

“Kita dikelilingi oleh banyak syarikat besar dan mereka menyediakan pakej yang sangat lumayan kepada jurutera baharu. Jadi sebagai sebuah syarikat kecil di sini, amat sukar untuk memikat bakat,” tambahnya.
Related article image


Sekalipun teknologi itu wujud, mungkin tiada sistem sedia ada untuk menyokong penggunaannya, kata para pemerhati.


WANITA DALAM ROBOTIK

Walaupun landskap robotik mungkin memberikan gambaran yang ia didominasi oleh kaum lelaki, semakin ramai wanita didapati bertugas dalam sektor ini.


Wanita muda, sebagai contoh, membentuk lebih 35 peratus daripada keseluruhan jumlah peserta FIRST Global Challenge yang sedang berlangsung sekarang, dengan pertandingan robotik antarabangsa itu diadakan di Singapura dari 7 hingga 10 Okt.


LEBIH RAMAI BELIA, KANAK-KANAK CEBURI ROBOTIK

Sementara itu, lebih ramai kanak-kanak dan belia sudah mula menceburi bidang robotik dalam masa lapang mereka.


Di Pusat Pengayaan Sekolah Robotik, misalnya, membina robot menggunakan kepingan Lego yang menjadi kegiatan mingguan bagi sesetengah kanak-kanak.


Menurut Sekolah Robotik, ia menyaksikan lebih ramai pelajar mengikuti kelas, di mana mereka boleh membina kedua-dua kemahiran teknikal dan insaniah.


MEMPERKASA GENERASI SETERUSNYA

Masa yang diluangkan melakukan sesuatu yang menyeronokkan boleh dianggap sebagai langkah yang membuahkan hasil dalam usaha memperkasakan generasi penggemar robotik seterusnya.


Institusi-institusi seperti Politeknik Ngee Ann (NP) telah melabur dalam makmal penyelidikan untuk menarik lebih ramai belia yang berminat dalam bidang robotik.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita