SG, Guangdong pertingkat hubungan dagangan dua hala
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura dan wilayah Guangdong sedang meneroka cara-cara untuk membawa hubungan perdagangan ke tahap lebih tinggi lagi.
Setelah dagangan dua hala mencatat paras rekod tahun lalu, kedua-dua pihak kini mahu menjalin perkongsian-perkongsian baru.
Bidang-bidang baru seperti kemampanan, ekonomi digital dan kesihatan diharap akan memacu lagi perdagangan dua hala.
Kedua-dua pihak juga memeterai beberapa perjanjian untuk mengukuhkan hubungan dalam bidang-bidang seperti teknologi dan inovasi.
Kali terakhir Mesyuarat Majlis Kerjasama Singapore-Guangdong (SGCC) diadakan secara bertemu muka adalah tiga tahun lalu.
Pada mesyuarat kali ke-13 itu, kedua-dua pihak nampaknya berkongsi pelbagai keinginan.
Sebagai permulaan, Singapura dan Guangdong menyasar untuk memperluas bidang kerjasama seperti dalam huraian tenaga bagi memenuhi matlamat kemampanan yang dikongsi bersama.
"Saya melihat kerjasama yang dipertingkat ini sebagai kedua-duanya - gambaran dan wawasan. Ia membantu kita untuk meluaskan kerjasama dua hala dan meneroka kolaborasi dalam bidang-bidang berdaya maju dengan potensi hebat pada masa depan, seperti dalam bidang-bidang kewangan, kesihatan serta ekonomi hijau dan digital," kata Encik Ong.
Gabenor Guangdong Wang Weizhong mengalu-alukan langkah itu kerana ia akan meningkatkan kerjasama dalam bidang-bidang kepentingan utama, misalnya bandar bijak dan pertukaran bakat, yang dipersetujui kedua-dua pihak sebelum ini.
Jumlah perdagangan dua hala Singapura-Guangdong naik 17 peratus pada 2022 berbanding setahun sebelumnya untuk mencapai paras rekod S$31 bilion.
Menurut majlis itu, lonjakan itu sebahagian besarnya didorong oleh pembukaan semula China pasca-COVID.
Bagi membina lejangan itu, 21 perjanjian projek dimeterai antara agensi-agensi pemerintah dengan perniagaan.
Antaranya, syarikat pengangkutan tempatan ComfortDelgro menjalin bekerjasama dengan Kumpulan Pengangkutan Awam Guangzhou.
Kedua-dua syarikat sedang melakar cara untuk menggunakan tenaga baru bagi kenderaan pengangkutan awam.
Perjanjian-perjanjian lain termasuk rancangan untuk menjalankan penyelidikan bersama berhubung penyakit berjangkit dan membangunkan sebuah pangkalan latihan bagi hak milik intelektual.
SGCC menyatakan menyatakan kerjasama seumpama itu bukan sahaja mengukuhkan hubungan Singapura-Guangdong tetapi juga dengan kawasan teluk raya Guangdong termasuk Hong Kong dan Macau.

Sumber : CNA/FZ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.