SG-Greece bincang perkukuh hubungan bidang pendigitalan, perdagangan dan keselamatan makanan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis mengenai usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam bidang pendigitalan, perdagangan dan keselamatan makanan.
Perbincangan itu diadakan sempena lawatan sulung Encik Mitsotakis ke Singapura.
Demikian menurut PM Wong menerusi catatannya di laman Facebook pada Khamis (20 Nov).
PM Wong berkata, sebagai dua negara maritim, kedua-dua negara itu berkongsi komitmen yang teguh terhadap kedaulatan undang-undang, khususnya berhubung Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut (UNCLOS).
"Dengan status Greece sebagai negara pemilik kapal terkemuka serta peranan Singapura sebagai hab maritim, kerjasama kami dalam norma maritim kekal penting.
"Kami mengadakan perbincangan yang produktif tentang usaha mengukuhkan hubungan dalam bidang pendigitalan, perdagangan, dan keselamatan makanan.
"Kami juga meneroka cara-cara untuk mengukuhkan hubungan ekonomi antara rantau kita, termasuk melalui perkongsian EU-ASEAN dan CPTPP," kata PM Wong.
Beliau juga menarik perhatian bahawa dalam dunia yang kompleks, negara-negara yang sehaluan mesti saling bekerjasama.
"Saya berharap dapat bekerjasama dengan Perdana Menteri Mitsotakis untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama kami," tambah PM Wong.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.