SG giat tambah jumlah sukarelawan Team Nila, lancar program latihan baharu
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Singapura sedang berusaha menambah jumlah sukarelawan Team Nila bagi acara-acara sukan di negara ini.
Ini memandangkan sejumlah kejohanan antarabangsa akan berlangsung di sini dalam beberapa tahun akan datang.
Sehubungan dengan itu, satu program baharu diadakan bagi melatih para sukarelawan yang dipilih untuk memikul lebih banyak tanggungjawab.
Ia termasuk dalam bidang-bidang seperti penyelarasan tenaga kerja dan logistik acara.
Sport Singapore menetapkan sasaran untuk melatih kira-kira 500 sukarelawan Team Nila menjelang tahun depan.
Sejak tahun 2015, para sukarelawan Team Nila terlibat dalam kejohanan-kejohanan utama seperti Sukan SEA.
Para sukarelawan itu juga berkhidmat kepada masyarakat sebagai jurulatih dan pegawai teknikal sukan.
Hampir 400 daripada mereka diberi pengiktirafan dalam satu majlis pada Sabtu (24 Feb) kerana sumbangan dan komitmen mereka.

Sumber : CNA/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.