Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG gesa penemuan baharu bagi imbangi penggunaan dan pengawalan selia AI

Anggaran Waktu Membaca:
SG gesa penemuan baharu bagi imbangi penggunaan dan pengawalan selia AI
Diterbitkan : 19 Sep 2023 05:09PM Dikemas Kini : 19 Sep 2023 05:10PM
NEW YORK: Gesaan agar penerobosan baharu dicapai untuk mengimbangi kebergantungan dan pengawalan selia Kecerdasan Buatan (AI).

Menteri Ehwal Luar Singapura berkata bahawa manfaat yang dapat diraih oleh AI boleh menyuntik perubahan bagi sektor-sektor seperti kesihatan, jaminan makanan dan perubahan iklim.

Namun, cara lama untuk mengawal selia, menjalinkan kerjasama dan menggubal undang-undang tidak mencukupi, memandangkan teknologi itu juga mempunyai risiko besar.

"Kesannya, baik dari segi peluang dan risiko, sebenarnya berbeza-beza dan tidak sekata bagi setiap negara dan masyarakat. Persoalannya adalah, sejauh manakah kita bersedia apabila berdepan dengan gelombang impak ini, baik secara positif mahupun negatif? Kami memerlukan pendekatan serantau, dan berbilang pihak dan sejagat," kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Berucap di luar acara Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Dr Balakrishnan berkata terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah-langkah perlindungan yang tepat bagi memastikan ketelusan dan privasi.

Beliau menarik perhatian mengenai Rangka Kerja Tadbir Urus Kecerdasan Buatan, yang diperkenalkan Singapura pada 2019, sebagai sebahagian daripada pendekatan itu.

Terdapat juga keperluan untuk memupuk kepercayaan dan keyakinan. Ini tambah Dr Balakrishnan, mengambil kira pandangan yang berbeza, yang memerlukan usaha mendampingi pemerintah, industri dan masyarakat sivil.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan