Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG gesa pekerja platform Asia Pasifik diberi lebih perlindungan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura menggesa agar tahap perlindungan bagi para pekerja platform di rantau Asia Pasifik dipertingkatkan.

Ia berharap negara-negara serantau dapat mewujudkan sekitaran pengambilan pekerja yang lebih inklusif. 

Demikian antara matlamat yang dibentangkan dalam Kenyataan Singapura, yang diterima pada akhir Mesyuarat Serantau Asia dan Pasifik. 

Singapura buat pertama kalinya menjadi tuan rumah mesyuarat tersebut, yang dihadiri para menteri dan pemimpin kesatuan dari 35 negara. 

Kenyataan Singapura itu menggariskan beberapa keutamaan bagi tindakan nasional oleh semua negara. 

Selain melaksanakan amalan buruh yang adil, tumpuan juga diberikan kepada usaha meluaskan perlindungan sosial dan mengadakan dialog yang berkesan.

Negara-negara peserta juga berikrar untuk memperkukuhkan kerjasama tiga pihak dan berkongsi amalan terbaik antara satu sama lain. 

Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng mempengerusikan mesyuarat tahun ini. 

Beliau berkata, terdapat anjakan paradigma di mana lebih banyak negara memberi perhatian kepada isu-isu yang dihadapi para pekerja platform seperti pekerja penghantaran. 

Mereka bekerja secara bebas, tanpa mengikut model pekerjaan biasa.

Ini bermakna, para pekerja tersebut tidak mendapat faedah seperti perlindungan kesihatan dan perancangan persaraan. 

"Negara-negara juga mencapai kata sepakat dari segi pemikiran bahawa kita juga perlu memperluaskan perlindungan sama ada dalam bentuk kecukupan kewangan, kecukupan persaraan, perubatan dan juga beberapa bentuk hak perwakilan untuk keperluan mereka dan sebagainya. 

"Mereka mencapai kata sepakat tersebut dan itu adalah jenis dasar-dasar yang boleh anda jangkakan dalam beberapa suku akan datang.

"Anda boleh menjangkakan lebih banyak lagi pengumuman berhubung perkara tersebut," ujar Dr Tan. 

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan