SG gesa lebih banyak bantuan untuk Gaza dalam pertemuan dengan pemimpin Israel
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
TEL AVIV: Singapura menggesa peningkatan mendadak dalam bantuan kemanusiaan ke Gaza dan lebih banyak penglibatan dengan Penguasa Palestin semasa perbincangan dengan para pemimpin Israel, kata Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan pada Khamis (6 Nov).
Beliau bercakap kepada para wartawan di penghujung lawatan kerja empat hari ke Israel dan Wilayah Palestin, dan selepas bertemu dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Gideon Sa'ar sebelum itu.
"Kami sudah pun menyampaikan kepada pihak Israel bahawa kami benar-benar memerlukan peningkatan yang ketara dalam bantuan kemanusiaan. Tiada sebab bagi mana-mana rakyat Palestin di Gaza kekurangan makanan atau dinafikan akses, atau mempunyai sebarang sekatan bagi akses kepada jagaan perubatan," katanya.
Lawatan Dr Balakrishnan itu dilakukan selepas fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dengan Hamas di Gaza dicapai pada bulan lalu.
Beliau memberitahu para pemimpin Israel bahawa Singapura akan meningkatkan sumbangan bantuan kemanusiaan dan perubatan ke Gaza.
Pada Selasa, Dr Balakrishnan bertemu dengan pemimpin Penguasa Palestin di Ramallah, di mana beliau menyerahkan sumbangan dana AS$500,000 (S$652,797.50) bagi bantu meningkatkan jaminan bekalan makanan di Gaza.
Beliau menambah Singapura menggalakkan Israel supaya berhubungan dengan Penguasa Palestin.
"Hakikatnya (adalah) pemimpin Palestin dalam Penguasa Palestin sebenarnya mengalu-alukan penglibatan ini," katanya.
Dr Balakrishnan berkata beliau juga mengulangi pendirian lama Singapura bahawa huraian dua negara yang dirundingkan adalah "satu-satunya cara untuk mencapai huraian yang adil dan bertahan lama".
"Para pemimpin Israel tahu bahawa ada perjalanan yang panjang dan sukar di hadapan, tetapi terdapat juga kesedaran bahawa anda tidak boleh terus mengulangi kitaran kegagalan dan keganasan ini," katanya kepada wartawan.
Mencapai keamanan, katanya, perlukan sokongan daripada masyarakat antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pelan damai 20 perkaranya yang dilaksanakan menerusi resolusi Majlis Keselamatan PBB.
"Perlu ada kemajuan di mana kedua-dua rakyat mencari jalan untuk hidup bersama dalam keamanan, maruah dan keselamatan," katanya.

BAGAIMANA RESPONS PEMIMPIN ISRAEL
Apabila ditanya tentang respons pemimpin Israel kepada pendirian Singapura, Dr Balakrishnan berkata mereka memahami Singapura mempunyai pandangannya sendiri, di mana para pemimpin itu menerima "dengan baik".
"Saya katakan bahawa ia tidak mustahil untuk menjalin hubungan berdasarkan kepercayaan, dan itu tidak bermakna kita perlu bersetuju dalam semua perkara," katanya.
“Malah, apabila rakan kongsi dapat menyatakan dan terlibat secara konstruktif (dalam) perbezaan, pada masa itulah anda juga boleh mencari peluang baharu dan kemajuan.”
Pertemuan dengan Perdana Menteri Netanyahu dan Menteri Luar Sa'ar adalah "sangat berterus terang, sangat jujur", katanya.
"Kerana jelas, kita mempunyai sedikit perbezaan pendapat dengan Israel, tetapi pada masa yang sama, disebabkan oleh hubungan kita yang terjalin lama, saya dapat menyampaikan perbezaan ini secara berterus terang, secara jujur, teguh, tetapi masih membina."
Dr Balakrishnan juga berkata walaupun trauma yang ditimbulkan oleh serangan pada 7 Oktober "tidak boleh dipandang remah", "semangat zaman (zeitgeist) berbeza dengan ketara".
"Para pemimpin Israel kini mempunyai keupayaan untuk berfikir di luar tekanan perang yang mendesak dan segera, untuk mengambil perspektif strategik jangka panjang," katanya.
"Dan datang dari luar wilayah dan walaupun dengan perbezaan pandangan, tetapi perbezaan pandangan berdasarkan mengharapkan yang terbaik bagi kedua-dua warga Israel dan Palestin, saya fikir ini adalah perbualan yang sangat baik."
Dr Balakrishnan juga mengimbas kembali lawatan kali terakhirnya ke Israel dan Wilayah Palestin, apabila perang itu masih berlaku.
"Jika saya bandingkan hari ini dengan Mac (2024), saya lebih berharap," katanya.
"Semua peperangan perlu pengakhiran di penghujung, bukan di medan perang, tetapi di meja rundingan."

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.