Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG gesa kerjasama sejagat untuk kesan, peroleh semula wang mangsa sindiket penipuan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Oct 2023 07:52PM Dikemas Kini : 16 Oct 2023 08:46PM
SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura sedang berusaha untuk membanteras sindiket penipuan dengan memastikan ia dapat mengesan dan mendapatkan semula wang mangsa yang lesap dengan lebih baik lagi.

Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo berkata usaha itu memerlukan kerjasama antarabangsa memandangkan sindiket sedemikian adalah rumit dan merentas sempadan.

Beliau berkata demikian di persidangan global INTERPOL, yang bertujuan mencari cara baharu untuk memerangi jenayah siber.

PBB menyatakan sebelum ini para penjenayah dapat mengelakkan daripada dijejaki pihak berkuasa dan menyimpan lebih 99 peratus daripada wang hasil penipuan.

Untuk menangani jenayah tersebut, Cik Teo menekankan peri pentingnya negara-negara mempunyai sistem undang-undang dan alat untuk segera membekukan dan menyita hasil daripada kegiatan jenayah.

Singapura sendiri kata beliau sedang bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa seperti INTERPOL dan Pasukan Bertindak Kewangan.

"Projek ini akan memberikan gambaran menyeluruh tentang landskap risiko dan berkongsi amalan terbaik mengenai tindak balas nasional dan antarabangsa. Kami menggesa negara-negara supaya meneliti laporan itu apabila ia diterbitkan
dan mempertimbangkan untuk melaksanakan saranan-saranan. Kita perlu meneruskan perbincangan dan kerjasama penting ini dengan memanfaatkan platform dua hala, serantau dan antarabangsa seperti INTERPOL untuk mempertingkatkan perkongsian maklumat dan pertukaran amalan yang terbaik," ujar Cik Teo.

Persidangan selama tiga hari itu menghimpunkan lebih 160 peserta dari lebih 60 negara.

Mereka termasuk pemimpin penguatkuasa undang-undang dan ahli akademik.

Para peserta akan membincangkan trend baharu muncul serta cara untuk mewujudkan dunia digital yang lebih selamat.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan