SG gerbang pasaran serantau bagi perluas ekonomi digital EU-ASEAN, kata DPM Heng
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata, perjanjian ekonomi digital antara EU dan ASEAN patut menjadi langkah seterusnya.
Encik Heng yang juga merupakan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi menambah bahawa ini akan memberi firma-firma Eropah keyakinan untuk menjalankan perniagaan di rantau ini.
Singapura juga boleh menjadi gerbang bagi pasaran serantau.
"Singapura sangat kecil sehingga kita tidak mengancam sesiapa. Jadi kita menjadi rakan latihan yang baik untuk perjanjian sebegini, kerana jika anda mahu menguji, saya fikir kenyataannya bagi perubahan besar ialah - perubahan besar itu juga menakutkan. Oleh itu, Singapura kerana kecil, boleh mainkan peranan berguna sebagai pemangkin satu siri perubahan kecil, yang membina keyakinan terhadap proses tersebut," kata Encik Heng.
DPM Heng berkata demikian di sebuah majlis anugerah anjuran Dewan Industri dan Perdagangan Singapura-Jerman (SGC).
Firma-firma yang menang diiktiraf kerana sumbangan kepada inovasi dan sekitaran, serta usaha menciptakan pekerjaan.
Menurut pihak SGC, kira-kira 2,200 perniagaan Jerman di Singapura berjaya menciptakan sekitar 45,000 pekerjaan tempatan.

Sumber : CNA/DA/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.