Skip to main content

Singapura

SG, AS ganding bahu bina kemudahan latihan tentera udara di Arkansas

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Apr 2023 08:29PM Dikemas Kini : 26 Apr 2023 08:49PM
SINGAPURA: Singapura dan Tentera Udara Amerika Syarikat sedang bekerjasama dengan Markas Latihan Pendidikan Udara untuk membangunkan lapangan latihan baru di Fort Smith di Arkansas.

Ia akan menjadi kemudahan latihan baru bagi detasmen luar negara F-35 dan F-16 Singapura.

Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How berkongsi perkembangan ini di lapangan latihan yang terletak di Pangkalan Tentera Udara Luke di Arizona.

Ini sedang angkatan tentera udara kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-30 latihan bersama.

"Hubungan pertahanan dua hala kami sudah lama terjalin dan kukuh serta saling menguntungkan. Singapura melihat kehadiran Amerika di Asia Pasifik sebagai penting bagi keamanan dan kestabilan serantau dan mengalu-alukannya.

"Dalam semangat itu, kami gembira dapat memberikan sokongan kepada aset tentera Amerika yang menggunakan pangkalan kami di Singapura di bawah Memorandum Persefahaman 1990," kata Encik Heng.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, Encik Heng memeriksa perbarisan dan menyaksikan upacara pelancaran logo peringatan pada ekor pesawat pejuang F-16.

Detasmen Peace Carvin II RSAF di Arizona merupakan detasmen luar negara paling lama Singapura.

Ia mencatatkan lebih 75,000 jam masa penerbangan dan turut ikut serta dalam latihan besar.

Aturan latihan sedemikian memberikan RSAF peluang untuk mengatasi masalah kekurangan ruang udara di Singapura.

Latihan yang lebih realistik dan mencabar itu juga membantu untuk meningkatkan lagi kesediaan beroperasi.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita