SG gandakan sokongan kepada sektor kewangan dalam peralihan hijau
Anggaran Waktu Membaca:

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong berucap pada 17 April 2022 semasa membahaskan Amanat Presiden di Parlimen.
SINGAPURA: Singapura sedang melancarkan pelan baru bagi membantu sektor kewangan dalam peralihan hijau.
Ini termasuk dana tambahan S$15 juta bagi merangsang bon dan pinjaman mampan sepanjang lima tahun akan datang.
Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong yang juga Menteri Kewangan berkata, Singapura boleh memainkan peranan sebagai hab serantau untuk membantu memajukan kewangan hijau di merata Asia.
"Sebuah institusi kewangan mempunyai hubungan dan pinjaman serta semua jenis aliran kewangan dengan banyak lagi pihak berkepentingan dalam ekonomi. Melalui proses ini, institusi-institusi kewangan boleh menjadi ejen perubahan yang berkesan," kata Encik Wong.
"Mereka boleh mendampingi klien dan membantu menetapkan jangkaan bagi perniagaan-perniagaan menyepadukan usaha mengurangkan pelepasan karbon dalam strategi mereka," tambahnya.
Encik Wong menekankan bahawa sebagai penyumbang utama kepada hampir separuh daripada pelepasan gas rumah hijau global, Asia akan menjadi medan pertempuran utama dalam usaha menangani perubahan iklim.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.