SG gandakan pelaburan bagi jana pemimpin global daripada bakat tempatan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sedang menggandakan pelaburannya untuk menjana pemimpin global daripada bakat-bakat tempatan, selain meningkatkan kerjasama antara syarikat-syarikat kecil dengan syarikat-syarikat lebih besar.
Ini semua sebahagian daripada usaha jangka panjang untuk memanfaatkan peluang global dan mencapai pertumbuhan ekonomi, sedang pelaburan asing langsung ke Singapura mencecah S$2.9 trilion tahun lalu.
Inisiatif baharu yang dipanggil Program Pemimpin Perniagaan Global (GBLP) dilancarkan untuk memberi peluang kepada pengurus peringkat pertengahan dan kanan untuk menyandang jawatan di luar negara.
Selain daripada sokongan tenaga kerja, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) juga sedang meningkatkan kerjasama perusahaan dengan mengukuhkan lagi skim yang menggalak perusahaan kecil dan besar untuk saling berinovasi.
"GBLP akan membantu syarikat-syarikat dalam usaha menyerantau, dan dalam mengembangkan bakat pemimpin korporat Singapura yang boleh membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong.
"Ini akan melengkapkan usaha pembangunan tenaga kerja tempatan MOM ^untuk menyokong daya tahan kerjaya, kesejahteraan kerjaya yang lebih baik dan trajektori kerjaya yang lebih panjang untuk semua pekerja," tambahnya.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.