Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG, EU umum kerjasama digital; majukan AI dan kemahiran pekerja

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Dec 2022 10:31AM Dikemas Kini : 15 Dec 2022 10:26PM
SINGAPURA: Singapura dan Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis (15 Dis) mengumumkan kerjasama baru dalam sektor digital, yang disifatkan sebagai mempunyai "potensif perubahan besar" bagi masa depan ekonomi kedua-dua negara.

Dalam satu kenyataan bersama, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen berkata perjanjian itu akan ditandatangani secara rasmi dan dilancarkan tahun depan.

Ia meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang digital termasuk memudahkan perdagangan, aliran data yang dipercayai dan inovasi data, menetapkan piawaian, kemahiran digital untuk pekerja dan transformasi digital perniagaan serta perkhidmatan awam.

Perjanjian digital itu juga akan membantu Singapura dan EU bekerjasama dalam menjadikan rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan dan memajukan bidang baru seperti kecerdasan buatan (AI), identiti digital dan 5G/6G.

Sebagai permulaan, prinsip perdagangan digital sudah dipersetujui.

"Ia mencerminkan komitmen bersama kami terhadap ekonomi digital terbuka dan menyediakan rangka kerja yang sama untuk meningkatkan perdagangan digital antara kami dan secara global," kata kedua-dua pemimpin itu.

Penglibatan perdagangan digital antara EU dan Singapura akan melengkapkan dan menyokong rundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia yang sedang dijalankan untuk melaksanakan peraturan global mengenai perdagangan elektronik, tambah mereka.

"Perjanjian digital ini hasil kerjasama yang telah lama terjalin antara EU dan Singapura dalam bidang perdagangan, penyelidikan dan teknologi," kata Encik Lee dan Cik von der Leyen.

"Ketika keadaan yang tidak menentu dan perubahan ini, kami mengambil satu lagi langkah besar untuk memperdalam kerjasama strategik kami untuk memanfaatkan rakyat, pengguna dan perniagaan kami."
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan