SG, Estonia perkukuh hubungan perdagangan menerusi Hab Perniagaan Estonia
Anggaran Waktu Membaca:

Perdana Menteri Estonia dan Encik Lawrence Wong sama-sama ikrar kerjasama antara Singapura dengan Estonia.
SINGAPURA: Singapura dan Estonia bergerak memperdalam lagi hubungan perdagangan menerusi penubuhan Hab Perniagaan Estonia.
Para peniaga Singapura boleh memanfaatkan hab tersebut untuk berkembang ke Eropah. Menerusi Hab itu juga, Singapura menjadi pintu gerbang kepada para usahawan Estonia untuk meneroka pasaran Asia Tenggara.
Dengan 1.3 juta penduduk, Estonia merupakan salah satu anggota Kesatuan Eropah (EU) yang paling maju dalam bidang ekonomi digital.
Kedua-kedua negara ingin bekerjasama lebih rapat di bidang huraian digital, contohnya bagi sektor teknologi kewangan (fintech).
Pemangku Perdana Menteri Lawrence Wong berkata, usaha bagi merapatkan lagi hubungan kini semakin penting dalam dunia yang semakin berkecamuk.
"Sebagai negara kecil, kita terhad dalam soal bagaimana membentuk kuasa-kuasa besar. Sebaliknya, kita terpaksa terima dunia seadanya, serta mencari jalan untuk menyesuaikan diri dengan keadaaan luaran yang sentiasa berubah-ubah," tegas Encik Wong.
"Singapura dan Estonia faham bahawa tiada pihak yang wajib membantu kami.
"Jadi kita perlu bergantung kepada akal dan kepintaran kita untuk bertakat, untuk maju serta melakukan yang terbaik untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang kita untuk aman, stabil dan makmur bagi negara dan rakyat kita," ulasnya lagi.

Sumber : CNA/IQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.