Skip to main content

Singapura

SG Enable, Politeknik Temasek meterai MOU tingkat inklusiviti golongan kurang upaya di kampus

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu perjanjian yang pertama seumpamanya bagi meningkatkan sikap inklusif di kampus, dimeterai pada Sabtu (3 Dis) antara Politeknik Temasek dan SG Enable iaitu sebuah agensi sokongan bagi golongan kurang upaya.

Memorandum Persefahaman (MOU) itu membuka jalan bagi pelbagai inisiatif seperti kerja sukarela serta perkongsian pengetahuan dan kemahiran.

MOU itu juga akan meneroka lebih banyak kerjasama dengan institut-institut pengajian tinggi (IHL) berhubung pendidikan awam, membangun keupayaan mempermudah akses dan inisiatif berhubung daya kerja bagi golongan kurang upaya.

Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Eric Chua menekankan betapa semua orang dalam masyarakat ada peranan untuk membina Singapura yang inklusif.

"IHL adalah salah satu daripada banyak pihak berkepentingan dalam masyarakat yang ingin kami dampingi. Mesej dan perjuangan berhubung golongan kurang upaya mesti disebarkan secara terbuka dan kita semua boleh menjadi pejuangnya. Kita semua boleh menjadi rakan kepada masyarakat kurang upaya," kata Encik Chua.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita