Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG Enable gesa penjaga kanak-kanak kurang upaya supaya minta bantuan

Anggaran Waktu Membaca:
SG Enable gesa penjaga kanak-kanak kurang upaya supaya minta bantuan

Seorang budak memakai pelitup sedang bermain pasir di sebuah taman permainan. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 23 Jan 2022 11:06PM Dikemas Kini : 23 Jan 2022 11:07PM

SINGAPURA: Agensi utama yang berhubung kait dengan pemerintah bagi orang-orang kurang upaya di Singapura menggesa para penjaga supaya meminta bantuan untuk menjaga anak-anak ataupun kanak-kanak kurang upaya di bawah jagaan mereka, menyusuli kematian dua adik-beradik.  

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dipercayai kurang upaya, ditemui mati berdekatan sebuah taman permainan di Greenridge Crescent di Upper Bukit Timah pada petang Jumaat (21 Jan). 

Bapa mereka yang berusia 48 tahun menghubungi pihak polis petang itu. Namun, pihak polis menyatakan pada petang Sabtu (22 Jan) bahawa lelaki tersebut akan didakwa di Mahkamah esok (24 Jan) atas kesalahan membunuh anak-anaknya, iaitu satu kesalahan yang membawa hukuman mati. 

Hari ini (23 Jan), SG Enable, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menzahirkan kesedihan atas kematian kanak-kanak itu dalam satu muatan ke Facebook. 

"Menjaga kanak-kanak kurang upaya boleh memberi tekanan dan penjaga mungkin mengalami tekanan luar biasa ataupun rasa beban dari sudut emosi. Penting untuk para penjaga untuk menjaga kesihatan diri anda sendiri," menurut agensi tersebut. 

Ia menggesa para penjaga supaya selalu menghubungi orang yang tersayang melalui panggilan telefon ataupun video, meminta bantuan daripada agensi-agensi khidmat sosial untuk menjaga anak-anak ataupun kanak-kanak kurang upaya di bawah jagaan mereka ataupun menghubungi hotline CARE Kebangsaan (1800-202-6868) jika perlu bercakap dengan sesiapa. 

Sumber : Today/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa