SG duduki tangga ke-5 negara paling rendah rasuah pada 2023
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura menduduki tangga kelima dalam kalangan negara yang paling kurang terlibat dengan rasuah pada 2023.
Demikian menurut Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang diterbitkan oleh gerakan antirasuah global, Transparency International.
Singapura kekal di tangga tersebut daripada tahun lalu, dan masih menjadi satu-satunya negara Asia yang menduduki 10 tangga teratas.
Indeks tersebut menyenaraikan 180 negara dan wilayah di seluruh dunia mengikut tahap takrifan rasuah sektor awam, pada skala 0 (paling terkait rasuah) hingga 100 (sangat bersih).
Ia berasaskan 13 penilaian pakar dan tinjauan karyawan perniagaan, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).
CPIB turut menarik perhatian bahawa keadaan rasuah di Singapura "kekal terkawal".
Dalam kenyataannya itu, CPIB juga menjelaskan bahawa jumlah kes rasuah dalam sektor awam kekal rendah. Malah, tinjauan persepsi awam yang dijalankan oleh pihaknya secara berkala, menunjukkan keyakinan awam masih kukuh terhadap usaha membasmi amalan rasuah di peringkat nasional.
CPIB bahkan, menyifatkan reputasi Singapura sebagai salah satu daripada negara yang paling rendah amalan rasuah di dunia sebagai "sesuatu yang diperolehi dengan kerja keras".
Dalam pada itu, CPIB menyatakan bahawa pihaknya akan terus bekerja rapat dengan masyarakat untuk memastikan amalan rasuah dapat terus dibanteras.
Selain CPI yang dikeluarkan oleh Transparency International, Singapura juga mencatatkan prestasi yang baik dalam indeks antarabangsa lain bagi negara paling kurang amalan rasuah dan sektor awam yang bersih dan telus.
Political and Economic Risk Consultancy (PERC) meletakkan Singapura sebagai negara paling kurang mengamalkan rasuah dalam kalangan 16 ekonomi dalam Laporan Rasuah di Asia 2022, dengan kedudukan itu dipegang Singapura sejak 1995.
Negara ini juga menduduki tempat ketiga kerana tidak terlibat langsung dalam rasuah bagi indeks antarabangsa World Justice Project Rule of Law Index 2023, menjadikan Singapura negara Asia di kedudukan terunggul daripada 142 negara dalam senarai tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.