SG diundang sebagai tetamu Afrika Selatan bagi Sidang G20 2025
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: G20, Brazil)
SINGAPURA: Singapura diundang oleh Afrika Selatan sebagai negara tetamu untuk menyertai mesyuarat G20 di bawah kepresidenan negara itu bagi G20 pada 2025.
Singapura ingin merakamkan penghargaannya kepada Afrika Selatan atas undangan tersebut, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya pada Selasa (3 Dis).
"Singapura dan Afrika Selatan menjalin hubungan yang kukuh sejak sekian lama, yang disokong oleh hubungan erat antara rakyat kedua-dua negara.
"Kedua-dua negara saling bekerjasama dengan baik dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan dan pelaburan, ketersambungan udara, infokom, serta pembangunan kemahiran," menurut MFA.
Singapura bukan anggota G20, yang terdiri daripada 19 negara, Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Afrika. Sungguhpun demikian, ia sering diundang untuk menyertai mesyuarat kumpulan tersebut.
Perdana Menteri Lawrence Wong berada di Brazil dari 17 hingga 20 November untuk menghadiri Sidang Puncak G20 tahun ini atas undangan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva. Brazil kini memegang jawatan presiden G20.
MFA menyatakan Singapura akan terus menyumbang secara aktif kepada proses G20, baik dalam kapasitinya sebagai sebuah negara mahupun sebagai Konvenor Kumpulan Tadbir Urus Global.
Singapura berharap untuk bekerjasama secara membina dengan Afrika Selatan dan para anggota G20 serta tetamu lain berhubung tema Afrika Selatan “Perpaduan, Kesaksamaan, Kemampanan”, jelas MFA.
Ini bertujuan, antara lain, untuk "mengukuhkan dan memajukan usaha bersama kita bagi merealisasikan matlamat pembangunan mampan dan perjanjian masa depan, menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, keselamatan makanan, serta kecerdasan buatan dan inovasi untuk pembangunan mampan".

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.