Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG diiktiraf antara 10 bandar paling mesra pengunjung kurang upaya

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Jul 2023 07:24PM Dikemas Kini : 22 Jul 2023 09:54PM
SINGAPURA: Singapura merupakan antara destinasi pelancongan yang paling popular di Asia.

Baru-baru ini, ia juga disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 bandar yang paling mudah diakses pengunjung yang berkeperluan khas.

Ini berdasarkan tinjauan ke atas 3,500 individu kurang upaya yang dijalankan oleh sebuah syarikat global, Valuable 500.

Namun, masih banyak lagi boleh dilakukan, khususnya di kawasan-kawasan warisan lebih tua, untuk memastikan ia lebih mudah diakses golongan istimewa itu.

Alister Ong, seorang penyokong gerakan inklusif, kerap ke luar negara untuk bekerja dan membantu dalam kerja-kerja sukarela.

Namun, memandangkan dia berkerusi roda, Encik Alister perlu melakukan persiapan tambahan.

"Saya perlu memaklumkan syarikat penerbangan terlebih dahulu kerana ini akan memberikan mereka masa untuk memberitahu kakitangan di lapangan terbang juga. Misalnya, berat kerusi roda yang saya bawa, saiz kerusi roda, ukurannya dan apa yang saya perlukan," ujar Encik Alister.

Namun, adakalanya, isu kekurangan kakitangan boleh menimbulkan masalah.

"Di Singapura, kami menyaksikan sekitar 1,500 hingga 1,700 penumpang (dengan keperluan khas) setiap hari. Namun, kami tidak mempunyai jumlah kakitangan yang mencukupi kerana dikerahkan untuk mengendalikan peralatan dan sebagainya," kata Cik Sabrina Mohamed Zakariah, pegawai khidmat pelanggan, SATS.

Untuk menangani para pengunjung berkeperluan khas, kakitangan SATS perlu memikir secara kreatif.

Kereta elektrik misalnya boleh membawa tiga penumpang pada satu-satu masa.

Lapangan Terbang Changi turut memanfaatkan teknologi baru untuk memudahkan proses pelepasan imigresen bagi golongan tersebut.

Empat orang boleh melalui laluan-laluan bantuan khas dalam satu-satu masa.

"Selain memberikan golongan penumpang ini rasa autonomi, kaedah-kaedah ini memastikan pengalaman mereka di lapangan terbang lebih pantas dan lebih mudah, bebas tekanan. Changi Airport Group (CAG) kini sedang bekerjasama rapat dengan ICA dan menyasarkan untuk menempatkan Laluan Bantuan Khas ini di keempat-empat terminal menjelang separuh pertama tahun depan," jelas Encik Albert Lim, Naib Presiden Kanan Kumpulan
Perancangan Operasi Lapangan Terbang CAG.

Menurut pelan induk pemerintah, sekitar 79 peratus bangunan awam Singapura sudah mempunyai ciri-ciri akses asas.

Namun, lebih banyak yang masih boleh dilakukan di tapak-tapak warisan seperti Chinatown di mana lorong-lorong di sana lazimnya sempit dan orang ramai perlu naik turun tangga untuk ke sesuatu tempat.

Pada tahun-tahun mendatang, pihak berkuasa berharap untuk memastikan lebih 7,200 bangunan yang dipulihara akan lebih mudah diakses golongan kurang upaya.
Sumber : CNA/NY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan