Skip to main content

Singapura

SG di tempat teratas senarai keberkesanan pemerintah di seluruh dunia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura menduduki tempat teratas dalam senarai yang jejaki keberkesanan pemerintah di seluruh dunia.

Negara ini mengatasi Finland, yang menduduki tangga teratas indeks tersebut sejak ia diterbitkan pada 2021.

Respons Singapura kepada pandemik dan pemulihan ekonomi negara ini merupakan antara usaha yang mendapat pujian dalam laporan tersebut.

Singapura juga mencatat prestasi baik bagi lima daripada tujuh kriteria yang ditetapkan oleh Institut Tadbir Urus Chandler.

Ini termasuk tonggak kepimpinan dan berpandangan jauh, institusi yang kukuh, pengawasan kewangan, serta pasaran yang menarik dan usaha membantu penduduk untuk bangkit semula.

Institut Tadbir Urus Chandler berkata Singapura mampu terus melaksanakan tugasnya pada masa-masa bergelora kerana ia memaparkan semakin baik dari segi pelaksanaan, dalam bidang-bidang keutamaan strategik dan inovasi.

Oleh itu, seorang pakar berkata prestasi Singapura yang bertambah baik boleh meningkatkan kedudukan negara sebagai hab berdaya tahan, dan destinasi menarik untuk pelaburan.

"Berdasarkan prestasi Singapura dalam ranking ini sendiri, saya percaya ia meletakkan negara ini pada kedudukan yang lebih baik untuk berhubung dengan seluruh dunia. Dan saya percaya ia akan membolehkan lebih banyak syarikat, lebih banyak perniagaan untuk menubuhkan kedai, menubuhkan perniagaan di Singapura," kata Dr Felix Tan, penganalisis politik di Universiti Teknologi Nanyang.

"Jadi, kedudukan ini meningkatkan keyakinan dan juga bertindak sebagai satu pelawaan untuk datang ke Singapura bahawa negara ini terbuka untuk perniagaan, dan kami adalah tempat yang baik untuk menubuhkan perniagaan."

Selepas Singapura dalam 10, negara lain dalam senarai teratas ialah Switzerland, Finland, Denmark, Norway, Sweden, Belanda, Jerman, United Kingdom dan New Zealand.

Indeks itu, antara lain mengkaji bagaimana institusi awam bersedia menghadapi krisis, cara pemerintah menghadapi inflasi sambil mengekalkan pekerjaan yang baik, dan cara pemerintah membina masyarakat yang lebih inklusif dan sistem kesihatan yang berdaya tahan.
Sumber : Today/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita