SG di tangga ke-5 negara paling rendah amalan rasuah pada 2022
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Hanidah Amin/CNA)
SINGAPURA: Singapura menduduki tangga kelima dalam kalangan negara yang paling kurang terlibat dengan rasuah pada 2022.
Demikian menurut Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang diterbitkan gerakan gerakan antirasuah global, Transparency International pada Selasa (31 Jan).
Sekalipun demikian, ia juga merupakan ranking paling rendah bagi Singapura dalam tempoh lima tahun. Sebelum ini, Singapura berada di tangga ketiga pada 2018 dan 2020, dan tangga keempat pada 2019 dan 2021. Ia bagaimanapun kekal sebagai satu-satunya negara Asia yang berada di 10 kedudukan teratas.
Indeks tersebut menyenaraikan 180 negara dan wilayah di seluruh dunia mengikut tahap tarkrifan rasuah sektor awam, pada skala 0 (paling rasuah) hingga 100 (sangat bersih).
Ia berasaskan 13 penilaian pakar dan tinjauan karyawan perniagaan, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa (31 Jan).
CPIB menyatakan bahawa keadaan rasuah di Singapura "kekal terkawal".
"Perangkaan rasuah tahunan yang dikeluarkan CPIB tahun lalu menunjukkan bilangan kes rasuah dalam sektor awam kekal rendah sejak beberapa tahun ini," nyata CPIB.
CPIB menjelaskan bahawa keputusan daripada tinjauan persepsi awam yang dijalankan pihaknya pada 2022, menunjukkan keyakinan awam yang kukuh dalam usaha membasmi amalan rasuah di peringkat nasional.
"Bagi tinjauan dwitahunan yang dikendalikan dalam kalangan lebih 1,000 responden di Singapura, 96 peratus (daripada mereka) melihat usaha kawalan rasuah di Singapura sebagai berkesan, iaitu meningkat daripada 94 peratus pada 2020," tambah CPIB.
Tekad politik yang kukuh untuk menentang rasuah, hukuman berat bagi kesalahan rasuah dan budaya tidak toleransi terhadap rasuah, merupakan tiga faktor paling penting yang menyumbang kepada kadar rasuah yang rendah di Singapura.
Selain CPI yang dikeluarkan Transparency International, Singapura juga mencatatkan prestasi yang baik dalam indeks antarabangsa lain bagi negara paling kurang amalan rasuah dan sektor awam yang bersih.
Rundingan Risiko Politik dan Ekonomi meletakkan Singapura sebagai negara paling kurang mengamalkan rasuah dalam kalangan 16 ekonomi dalam Laporan Rasuah di Asia 2022, satu kedudukan yang dipegang Singapura sejak 1995.
Negara ini juga menduduki tempat ketiga kerana tidak terlibat langsung dalam rasuah dalam indeks antarabangsa World Justice Project Rule of Law Index 2022, menjadikan Singapura negara Asia di kedudukan terunggul daripada 140 negara dalam senarai tersebut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.