SG di bawah kepimpinan yang baik bersama pasukan 4G, kata PM Lee selepas adakan mesyuarat terakhir Kabinet
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan berada di bawah kepimpinan yang baik bersama pasukan 4G, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, selepas mengadakan mesyuarat terakhir Kabinet sebelum peralihan tampuk kepimpinan minggu depan.
PM Lee berkata demikian menerusi catatan Facebook beliau pada Khamis (9 Mei).
"Kami mengadakan mesyuarat Kabinat setiap minggu selama 20 tahun, termasuk ketika pandemik, di mana kami bertemu secara online. Mesyuarat sedemikian adalah platform penting untuk membincangkan isu-isu negara, dasar penting, dan isu yang menjejas kehidupan kita semua. Ia adalah satu penghormatan untuk memimpin pasukan Kabinet selama 20 tahun lalu," tulis Encik Lee dalam catatan tersebut.
Encik Lee menambah, Perdana Menteri bukan "bos kepada orang-orang bawahan". Sebaliknya, Perdana Menteri merupakan 'primus inter pares', iaitu individu utama dalam kalangan rakan sekerjanya, yang semuanya saling berbincang bersama-sama untuk mencari penyelesaian terbaik bagi Singapura.
"Bermula minggu hadapan, PM Lawrence Wong akan memimpin mesyuarat Kabinet, tetapi saya akan terus menyumbang sebagai Menteri Kanan. Singapura akan berada di bawah kepimpinan yang baik bersama pasukan 4G dan saya bersedia membantu pasukan baharu itu dalam usaha mereka demi kejayaan Singapura," tambah Encik Lee.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.