SG di bawah kepimpinan baik PM Lawrence Wong dan pasukannya, kata Presiden Tharman
Presiden Tharman Shanmugaratnam memberi jaminan kepada rakyat Singapura bahawa negara ini berada di bawah kepimpinan yang baik.
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam memberi jaminan kepada rakyat Singapura bahawa negara ini berada di bawah kepimpinan yang baik.
Menurut Presiden Tharman Encik Lawrence Wong dan pasukannya meneruskan asas kukuh yang dibina tiga Perdana Menteri dan pemerintah sebelum ini.
Sekalipun demikian, beliau menekankan bahawa pasukan Encik Wong tidak boleh sekali-kali membiarkan integriti, sikap amanah dan tata laku baik pemimpin sebelumnya terhakis.
Berucap di Upacara Angkat Sumpah, di Istana pada Rabu (15 Mei) malam, Presiden Tharman melahirkan penghargaan kepada Encik Lee Hsien Loong atas kepimpinannya yang cemerlang sepanjang dua dekad lalu.
"Norma dan piawaian amat tinggi yang dijunjung dan diperkukuh Encik Lee - sifat kepimpinan politik yang tidak ketara - yang membezakan legasi paling penting beliau. Sikap tidak mementingkan diri sendiri dan integriti peribadinya, serta jangkaan pada standard tinggi tata laku yang beliau tetapkan ke atas mereka yang menyandang jawatan politik.
"Usaha beliau meluangkan masa untuk mendengar suara rakyat dari pelbagai latar belakang, dan berbeza pandangan, untuk membuat keputusan yang adil dan demi kepentingan rakyat Singapura.
"Tekad beliau untuk menangani isu-isu sukar di peringkat awal, tanpa mahu membiarkan isu-isu itu dihuraikan oleh pemimpin masa depan, walaupun itu bermakna beliau perlu berdepan akibatnya dari segi politik," kata Encik Tharman.
Inilah standard yang Encik Tharman harap akan terus dijunjung, meskipun ia mungkin tidak mudah.
"Keadaan tidak boleh dikembalikan apabila standard merosot, seperti mana yang malangnya ditunjukkan oleh banyak negara lain. Orang ramai semakin tidak percaya, pemimpin politik bertindak balas dengan mengelak daripada membuat keputusan penting untuk masa depan negara, mereka yang menceburi politik kurang yakin dan keadaan terus memburuk.
"Kita tidak boleh sekali-kali membiarkan integriti, sikap amanah dan tata laku baik yang sudah diperkukuhkan Encik Lee dan pendahulunya terhakis."
Encik Tharman menambah peralihan politik yang lancar dan teratur ini memelihara kestabilan dan membolehkan pemerintah merancang bagi jangka panjang, di samping membolehkan pasukan baharu menyesuaikan dasar-dasar untuk memenuhi keperluan zaman yang berubah-ubah.
Misalnya, menjamin kepentingan negara dan memajukan perpaduan dalam ASEAN.
Selain menyuntik kesegaran dalam kompak sosial menerusi perancangan Melakar Hala Tuju SG, ke arah Singapura yang lebih inklusif dan bersatu padu.
"Saya yakin sepenuhnya dengan keupayaan Encik Lawrence Wong untuk memimpin Singapura sedang kita menuju ke masa depan yang tidak menentu di peringkat antarabangsa, dan mengajak rakyat Singapura dari pelbagai latar belakang untuk bersatu membuka lembaran baharu kisah Singapura bersama-sama.
"Beliau akan menjadi pemimpin dengan gayanya tersendiri, dengan pendekatannya sendiri untuk mewujudkan kesepakatan dan mencari cara terbaik untuk membawa negara ini ke masa depan. Dan beliau tentu sekali akan melakukannya mengikut cara dan rentak sendiri," ujar Encik Tharman.
Encik Tharman turut komited untuk bekerjasama dengan Encik Wong dan Pemerintah beliau, sambil menambah beliau tidak sabar untuk mengekalkan hubungan mereka yang erat dan produktif.

Sumber : CNA/NK/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.