Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG dapat pentauliahan destinasi pelancongan mampan

Anggaran Waktu Membaca:
SG dapat pentauliahan destinasi pelancongan mampan

Pantai di pulau Sentosa, Singapura. (Gambar: Unsplash/Annie Spratt)

Diterbitkan : 28 Feb 2023 06:37PM Dikemas Kini : 28 Feb 2023 06:41PM
SINGAPURA: Pelancong yang mahu menikmati pengalaman mesra alam kini memilih untuk datang ke Singapura.

Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan memberitahu Parlimen pada Selasa (28 Feb) bahawa Singapura diberikan sijil dan adalah yang pertama mendapat pentauliahan sebagai destinasi pelancongan mampan di peringkat negara berdasarkan piawai Majlis Pelancongan Mampan Global.

Pentauliahan itu sejajar dengan rancangan besar Singapura untuk menangani kesan perubahan iklim.

Para pelancong antara lain boleh meneroka ladang ladang-ladang ternakan ikan serta pertanian yang mengitar semula air serta mengunjungi kampung terakhir di Singapura.

Selain itu, Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) sedang berusaha untuk membangunkan kegiatan riadah dan kemudahan yang baru serta pelbagai pilihan penginapan di pulau-pulau selatan Selatan.

"Rumah kecil yang sangat popular di luar negara sebagai satu jenis penginapan yang mampan adalah amat sesuai bagi sekitaran di pulau-pulau selatan Singapura," kata Pengarah Divisyen, Perancangan SDC, Lee Cheh Hsien.

"Kami berpendapat bahawa ia, yang direka dengan mengambil kira tentang sekitaran, juga akan mencabar pengunjung untuk memikirkan semula pengalaman riadah mereka," tambahnya.

Lima unit sedemikian sudahpun dibangunkan di Pulau Sekijang Pelepah.

Ia dibina dengan menggunakan bahan-bahan yang dihasilkan daripada serat kayu dan plastik yang dikitar semula.

Rumah-rumah kecil itu dikuasai tenaga suria dan dilengkapi dengan sistem mengitar sisa makanan.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan