SG dan Mesir meterai 6 MoU bidang kesihatan, pendidikan dan pertanian
Agensi-agensi dari Singapura dan Mesir menandatangani enam Memorandum Persefahaman (MoU), merangkumi bidang kesihatan, pendidikan dan penyelidikan pertanian.
Presiden Tharman Shanmugaratnam melawat pelabuhan dan kemudahan logistik di kawasan SCZone pada pagi Isnin (22 Sep). (Gambar: Nurhelmy Hakim)
Perjanjian itu dimeterai di Forum Perniagaan Singapura-Mesir di Kaherah pada Isnin (22 Sep).
Zon Ekonomi Terusan Suez (SCZone) itu merupakan antara inisiatif pembangunan pertama Presiden Abdel Fattah Al-Sisi dan menjadi projek utama dalam pembangunan negara Arab itu.
Pagi tadi (22 Sep), Presiden Tharman Shanmugaratnam dibawa melawat pelabuhan dan kemudahan tersebut.
"Zon ini telah meraih momentum yang signifikan sejak dilancarkan pada 2015, dan menarik pelaburan global yang besar. Syarikat-syarikat Singapura juga sedang meneroka peluang di zon tersebut, menyedari potensinya sebagai hab perdagangan dan perindustrian, kata Presiden Tharman.
Sementara itu, di satu forum perniagaan Singapura-Mesir pada Ahad, Menteri Masagos Zulkifli turut mengatakan bahawa SCZone boleh menawarkan peluang kerjasama ekonomi yang baharu antara kedua-dua negara itu.
Ia boleh mewujudkan pekerjaan di Mesir dan bagi syarikat-syarikat Singapura pula, pintu masuk ke pasaran Timur Tengah dan Afrika.
Di acara yang sama, enam persetujuan dan Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara agensi Singapura dengan Mesir.
Ia antara lain merangkumi bidang kesihatan, pendidikan serta kerjasama dalam kajian pertanian dan pembangunan ekonomi maritim.
MoU mengenai pendidikan misalnya membuka laluan untuk perkongsian kepakaran antara Khidmat Pendidikan ITE (Institut Pendidikan Teknikal) Singapura dengan Universiti Saxony Mesir bagi memperkukuh pengurusan hospitaliti.
Daripada pelaburan hingga pembangunan modal insan, kerjasama Singapura dan Mesir kini memasuki fasa baharu. Ia mencerminkan keyakinan kedua-dua negara terhadap masa depan yang lebih makmur dan pastinya, membuka ruang lebih luas lagi bagi perniagaan dan rakyatnya untuk kembang bersama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.