SG dan Malaysia akan perkukuh kerjasama demi manfaat rakyat kedua-dua negara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam menyokong Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun depan.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura menyatakan, perkara itu disampaikan oleh Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan kepada rakan sejawatannya dari Malaysia Mohamad Hasan yang berada di negara ini untuk lawatan rasmi dua hari sejak Isnin (27 Mei).
"Mereka turut membincangkan cara-cara untuk mengukuhkan ASEAN dan memastikan Asia Tenggara kekal sebagai titik berkelipan di peringkat global," menurut MFA dalam kenyataannya pada Selasa (28 Mei).
Semasa perbincangan itu, kedua-dua menteri turut menekankan betapa pentingnya untuk meneruskan kerjasama erat demi manfaat bersama bagi rakyat Singapura dan Malaysia.
Ini termasuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan ketersambungan melalui inisiatif seperti RTS Johor Bahru-Singapura dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), sambil menangani isu dua hala secara membina.
"Mereka bersetuju bahawa kedua-dua pihak harus terus membuat kemajuan dalam isu-isu ini menjelang Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 di Malaysia pada akhir tahun ini," kata MFA.
Kementerian Luar Malaysia dalam satu catatan di Facebook menyatakan kedua-dua menteri telah membincangkan pelbagai isu berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Singapura termasuk kerjasama dalam sektor-sektor baharu.
"Perbincangan turut meliputi isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi berkepentingan bersama," menurut kenyataan tersebut.
Awal sebelum itu pada hari yang sama, Encik Mohamad turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Tharman Shanmugaratnam, Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Kanan Lee Hsien Loong.
Ketiga-tiga pemimpin Singapura itu mengesahkan kerjasama kukuh dan hubungan bersejarah antara rakyat Singapura dan Malaysia.
Kedua-dua pihak juga menegaskan lagi komitmen teguh mereka untuk meneruskan pertukaran peringkat tinggi dan bekerjasama secara dua hala dan juga dalam ASEAN di tengah-tengah persekitaran geopolitik yang semakin tidak menentu.
Sementara itu, PM Wong yang juga Menteri Kewangan turut merakamkan penghargaan beliau kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia Anwar Ibrahim atas undangan untuk beliau mengadakan lawatan pengenalan ke Malaysia.
PM Wong menerusi catatannya di Facebook berkata beliau berbesar hati menerima undangan Encik Anwar untuk melakukan lawatan ke Malaysia tidak lama lagi, sebelum Rahat Pemimpin pada hujung tahun ini.
"Saya berbesar hati menerima undangan beliau dan akan menjadualkan lawatan awal ke KL (Kuala Lumpur), sebagai sebahagian daripada siri lawatan pengenalan ke ibu kota ASEAN," kata PM Wong.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Encik Mohamad ke Singapura sebagai Menteri Luar.
Beliau berlepas dari Singapura pada Selasa (28 Mei).

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.