SG dan Johor setuju teroka bidang kerjasama baru
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura dan Johor bersetuju untuk meneroka bidang kerjasama baru dan terus menjalin hubungan erat demi manfaat rakyat kedua-dua negara, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA).
MFA turut memaklumkan bahawa Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan telah melawat Johor pada Isnin (13 Mac).
Semasa lawatan itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat Dr Balakrishnan.
Turut hadir Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.
“Dr Balakrishnan dan para pemimpin Johor mengesahkan hubungan erat yang telah lama terjalin antara Singapura dan Johor,” menurut MFA dalam kenyataannya.
Singapura turut mengalu-alukan penyambungan semula perjalanan rentas sempadan secara sepenuhnya dan pertukaran antara kedua-dua negara, menurut kenyataan itu lagi.
“Para pemimpin juga gembira melihat kemajuan yang dicapai dalam projek RTS Johor Bahru-Singapura serta pembukaan perkhidmatan feri antara kedua-dua pihak, yang akan meningkatkan ketersambungan dan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor,” menurut kenyataan tersebut.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.