Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG dalam kedudukan pertama paling mahir dalam bahasa Inggeris di Asia

Anggaran Waktu Membaca:
SG dalam kedudukan pertama paling mahir dalam bahasa Inggeris di Asia

(Gambar fail: Marcus Mark Ramos) 

SINGAPURA: Singapura menduduki tempat teratas di Asia dalam tinjauan baru-baru ini yang memberikan ranking kepada negara-negara berdasarkan penguasaan bahasa Inggeris.

Tinjauan itu dijalankan oleh EF Education First, iaitu sebuah syarikat pendidikan Sweden yang menganalisis keputusan 2.1 juta penutur bukan asli bahasa Inggeris.

Mereka menduduki ujian Bahasa Inggeris EF SET pada 2021 dan tinjauan itu meliputi 111 negara dan kawasan.

KEPUTUSAN KESELURUHAN:

Dalam senarai Indeks Kemahiran Bahasa Inggeris EF (EF EPI) 2022, ia membahagikan negara-negara kepada beberapa peringkat daripada "Kemahiran Tinggi" kepada "Kemahiran Rendah".

Negara dalam kalangan "Kemahiran Tinggi" termasuk Belanda di tempat teratas, diikuti Singapura dan Austria.

Negara seperti Filipina, Malaysia dan Hong Kong berada di kedudukan "Paling Mahir" dan masing-masing berada di kedudukan 22, 24 dan 31.

Yaman, Republik Demokratik Congo dan Laos berada di bahagian bawah senarai semua negara dan kawasan yang disertakan dalam tinjauan itu.

Berikut adalah senarainya:

a

KEDUDUKAN TERTINGGI DI ASIA

Meskipun berada di kedudukan ke-24 dalam ranking keseluruhan, Malaysia menduduki tempat ketiga di Asia.

Singapura menduduki tempat pertama di Asia manakala Filipina di tempat kedua.

Negara-negara dalam senarai Indeks Kemahiran Bahasa Inggeris EF 2022 disenaraikan berdasarkan markah.

Markah akan dikira apabila peserta mengambil ujian online penyesuaian bahasa Inggeris untuk kemahiran membaca dan mendengar yang dipanggil EF SET.

EF menyatakan bahawa ujian itu adalah, "ujian dengan markah mengikut matlamat piawaan yang direka untuk mengklasifikasikan kebolehan bahasa individu dalam satu daripada enam tahap yang ditubuhkan oleh Rangka Kerja Rujukan Eropah (CEFR) yang diselaraskan".

Ujian itu juga disediakan secara percuma kepada semua pengguna Internet.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan