SG dalam kedudukan kukuh di tengah ketidaktentuan orde dunia baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan memberi amaran bahawa satu orde dunia baharu sedang muncul di tengah-tengah ketidaktentuan yang semakin meningkat.
Beliau menggambarkan order itu sebagai yang sebuah keadaan di mana tiada undang-undang untuk mentadbir masyarakat dunia dan siapa yang paling kuat serta berkuasa akan berjaya.
Namun, beliau berkata Singapura berada dalam kedudukan yang teguh, berasaskan ekonomi, keupayaan pertahanan dan perpaduan rakyat yang kukuh.
Dr Balakrishnan berkata dunia kini antara lain beralih daripada satu kuasa kepada berbilang kuasa; daripada dagangan bebas kepada perlindungan dagangan; daripada globalisasi kepada hiper-nasionalisme; dan daripada optimisme kepada kekhuatiran.
Namun demikian, walaupun saiz Singapura kecil, negara ini mempunyai daya kuasa untuk membina kekuatan, melindungi kedaulatannya dan kekal relevan.
Dr Balakrishnan berkata: "Kekuatan utama kita bertunjangkan tiga tunggak utama.
"Pertama, kekuatan ekonomi dan rizab kita. Kedua, keupayaan kita untuk berdikari dan melindungi diri kita sendiri dan ketiga, kesatuan negara kita kerana kekuatan kita dari segi ekonomi, kita tidak boleh dibuli atau dibeli.
"Kita mempunyai rizab negara yang besar. Ia adalah satu kelebihan besar bagi Singapura untuk tidak perlu menagih demi mendapatkan bantuan. Kita tidak perlu bantuan atau pinjaman yang akan meletakkan kita di bawah tekanan luar. "
Dalam landskap yang berubah-ubah, Dr Balakrishnan menekankan betapa Singapura mesti meneruskan perbincangan yang seimbang dan membina bersama semua rakan.
Misalnya, beliau berkata adalah penting bahawa Singapura mengekalkan hubungannya dengan Amerika Syarikat dan China, di tengah-tengah persaingan antara kedua-dua negara itu.
"Kita mengekalkan kerelevanan dan kewibawaan kita dengan kedua-dua kuasa, dengan menjadi konsisten, telus dan bersikap membina dan kita tidak sewenang-wenangnya memberitahu mereka apa yang mereka mahu dengar. Namun kita berprinsip, kita boleh dipercayai dan kita berterus terang," tambahnya.
Melangkaui hubungan dengan adikuasa dunia, Singapura juga bekerja dengan ramai rakan negara di seluruh dunia termasuk India, Jepun dan Timur Tengah.
Dr Balakrishnan berkata Singapura mempunyai rangkaian 27 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang membentuk 90 peratus perdagangan negara.
Semua itu sementara Singapura berganding bahu dengan ASEAN untuk meningkatkan daya ketahanan serantau dalam bidang-bidang seperti makanan dan tenaga.
Untuk melengkapi semua usaha itu, Singapura juga mesti mampu menarik dan mengekalkan bakat serta teknologi dari serata dunia.
Dr Balakrishnan menambah kunci kejayaan Singapura terletak pada sikap terbuka dan tangkas negara ini dalam merebut peluang-peluang baharu.
Beliau menegaskan ini mesti dikekalkan sebagai prinsip panduan Singapura untuk masa depan.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.