Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG dalam kedudukan baik tambah jumlah penerbangan ulang-alik ke China

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam berkata Singapura dalam kedudukan baik untuk menambah jumlah penerbangan ulang-alik ke China.

Berucap di Majlis Jamuan Tahun Baru Cina anjuran Hokkien Huay Kuan pada Ahad (5 Feb), Encik Shanmugam memberi perkembangan terkini iaitu kurang lima kes import COVID-19 dari China dicatatkan setiap minggu.

Setakat ini, 38 penerbangan dikendalikan antara Singapura dengan China setiap minggu.

Ini kurang 10 peratus daripada jumlah penerbangan Singapura-China sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Menurut Encik Shanmugam, keputusan untuk menambahkan jumlah penerbangan dilakukan berdasarkan sains dan bukan semata-semata untuk menggembirakan China.

Beliau menarik perhatian kepada pentingnya untuk negara kecil seperti Singapura bersikap jelas tentang prinsipnya.

Lebih-lebih lagi di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang kian meningkat seperti persaingan antara Amerika Syarikat dengan China dan juga perang antara Rusia dengan Ukraine.

"Mesej yang konsisten adalah - kita sentiasa bertindak berdasarkan kepentingan Singapura dan pendekatan berteraskan prinsip-prinsip kita.

"Di peringkat sejagat, mesej yang mesti kita sampaikan kepada pihak lain adalah: Singapura berbeza. Singapura tahu apa yang perlu ia lakukan dan lebih penting lagi, kita ada keberanian dan keazaman untuk melakukan perkara yang betul demi Singapura," kata Encik Shanmugam.

Encik Shanmugam menambah kumpulan-kumpulan seperti Hokkien Huay Kuan boleh terus memainkan peranan penting bagi generasi-generasi masa depan.

Ini termasuk memumpuk nilai-nilai yang betul dan membantu para pendatang baru berintegrasi ke dalam masyarakat.

Beliau berkata ia akan membantu pemerintah memastikan bahawa dasar-dasarnya hanya boleh diputuskan rakyat Singapura sendiri.
Sumber : CNA/AI/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan