SG dalam kedudukan baik sokong perdagangan bahan api boleh diperbaharui: Low Yen Ling
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kanan Negara Perdagangan dan Perusahan, Low Yen Ling berkata Singapura berada dalam kedudukan yang baik untuk menyokong dan mengembangkan aliran perdagangan baharu bagi bahan api yang boleh diperbaharui, sedang peralihan kuasa sejagat kian rancak.
Singapura terletak berdekatan dengan sumber-sumber simpanan biobahan api, dan menempatkan rangkaian syarikat perdagangan biobahan api yang semakin berkembang.
Satu lagi kekuatan Singapura adalah keupayaan penapisan dan pemprosesannya.
"Keupayaan pemprosesan dan penapisan cekap Singapura serta prasarana maritim yang teguh membolehkan kami untuk mengimport bahan api biologi untuk proses menapis dan kemudian dieksport semula. Jadi ada sinergi di sini, ia bukan begitu berasingan. Maka, sinergi ini memberi peluang untuk Singapura membangunkan kekuatan dalam kedua-dua pemprosesan serta perdagangan bahan api biologi dan kemudian mengukuhkan kedudukan kami sebagai sebuah hab tenaga," ujar Cik Low.
Berucap di Sidang Minyak Mentah Asia Pasifik, Cik Low juga menarik perhatian bahawa Singapura sedang berusaha untuk menyelaraskan piawai bagi mengurangkan hadangan kepada perdagangan bahan api biologi.
Sekalipun Singapura komited untuk berganding bahu dengan perniagaan bagi membuat peralihan tenaga sejagat, seorang pakar industri berkata perlunya mencari keseimbangan yang baik di antara keterjaminan, kemampuan dan kemampanan.
"Singapura, seperti setiap negara lain mempunyai rancangan yang bercita-cita tinggi untuk mencapai sifar bersih dan beralih daripada bahan api berasaskan pelepasan kepada sumber bahan api yang lebih bersih. Ia adalah baik. Tetapi pada masa yang sama, seperti setiap negara lain, Singapura perlu mengimbangi kemampuan tenaga, kebanyakan ekonominya memerlukan tenaga untuk berjaya dan berdaya saing di peringkat global. Oleh itu, keperluan untuk mencari sumber tenaga dan keselamatan yang berpatutan adalah penting," ujar Saugata Saha, Presiden, S&P Global Commodity Insights.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.