Skip to main content

Singapura

SG cipta robot pembantu pertama seumpamanya bantu warga emas

Anggaran Waktu Membaca:
SG cipta robot pembantu pertama seumpamanya bantu warga emas
Penggunaan robot DRBA diuji di Pusat Penuaan Aktif Lions Befrienders di Tampines.
Diterbitkan : 21 Jan 2026 06:05PM Dikemas Kini : 21 Jan 2026 06:06PM
SINGAPURA: Warga emas yang menghadapi masalah pergerakan kini mungkin boleh bergerak lebih aktif lagi dengan bantuan robot pembantu yang baharu.

Ia dicipta dengan kerjasama beberapa badan tempatan, termasuk universiti, hospital dan syarikat teknologi.

Para penciptanya merancang untuk menghasilkan robot tersebut secara besar-besaran lalu menyewakannya kepada badan-badan kesihatan masyarakat tempatan bagi membantu warga emas dalam proses pemulihan mereka.

DRBA adalah robot pertama di dunia yang berupaya menyambut warga emas dengan masalah pergerakan, sebelum mereka terjatuh.

Ia bertujuan mengembalikan keyakinan dan membantu pemulihan fizikal mereka.

Penggunaan robot itu diuji di Pusat Penuaan Aktif Lions Befrienders di Tampines.

"DRBA membolehkan mereka untuk melepaskan diri daripada mesin atau kerusi roda bermotor, supaya dapat berdiri dan sertai aktiviti-aktiviti berdiri. Kalau tidak, mereka hanya terbatas kepada Zumba berkerusi dan apa-apa (aktiviti) duduk, bermakna ia semakin melemahkan otot kaki mereka," kata Pengarah Eksekutif, Lions Befrienders, Karen Wee.

Namun robot itu bukan murah, ia berharga sekitar S$90,000 bagi setiap robot.

Oleh itu, pasukan di sebalik ciptaan itu sedang mencari jalan supaya ia lebih mudah diakses oleh masyarakat umum.

Antara caranya adalah untuk menyewakannya kepada badan-badan kesihatan masyarakat di sini.

Kini malah ada rancangan untuk mencipta versi lebih kecil robot itu untuk digunakan di rumah tahun ini.
Sumber : CNA/QA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita