Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG, China terus tingkatkan kerjasama dua hala

Anggaran Waktu Membaca:
SG, China terus tingkatkan kerjasama dua hala

(Gambar: Facebook/Lawrence Wong)

Diterbitkan : 20 Jun 2024 01:04PM Dikemas Kini : 20 Jun 2024 01:05PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berbesar hati mengalu-alukan lawatan Setiausaha Suruhanjaya Ehwal Politik dan Undang-Undang Pusat Parti Komunis China, Chen Wenqing ke Singapura.

Menerusi catatan Facebooknya pada Rabu (19 Jun), PM Wong berkata, Encik Chen berada di sini untuk mempengerusikan bersama Forum Tadbir Urus Sosial Singapura-China dengan Menteri Kanan Teo Chee Hean.

Forum itu membincangkan cara-cara untuk menangani isu-isu bersama dalam masyarakat kedua-dua negara.

China dan Singapura mempunyai hubungan yang rapat serta dalam pelbagai aspek terutama berhubung ekonomi kedua-dua negara.

Namun Singapura dan China juga bekerjasama dalam bidang-bidang lain termasuk penguatkuasaan undang-undang, serta bidang perundangan dan kehakiman.

PM Wong menambah, kedua-dua negara berbeza dari segi saiz dan ciri-ciri lain, tetapi terdapat juga persamaan yang penting.

Itulah sebabnya kedua-dua negara mendapati berguna untuk berkongsi pengalaman dan idea, demi keharmonian dan perpaduan sosial, di samping belajar antara satu sama lain.

Mengakhiri catatannya itu, PM Wong berharap lawatan Encik Chen dan delegasinya membuahkan hasil.

PM Wong juga mengalu-alukan pertukaran yang produktif dan berterusan pada masa akan datang.
Sumber : CNA/LL/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan