Skip to main content

Singapura

SG-China pertingkat kerjasama bidang inovasi, pembangunan hijau

Anggaran Waktu Membaca:
SG-China pertingkat kerjasama bidang inovasi, pembangunan hijau

Pembangunan Hijau di Singapura. (Gambar: Sumber Web)

Diterbitkan : 21 Dec 2022 05:39PM Dikemas Kini : 21 Dec 2022 05:41PM
SINGAPURA: Singapura dan wilayah Jiangsu di China akan memperdalamkan kerjasama dalam inovasi dan pembangunan hijau.

Kedua-dua pihak akan meneroka bidang-bidang seperti tenaga boleh diperbaharui, rawatan air sisa dan hidangan sedia untuk dimakan.

Ini merupakan sebahagian daripada 16 perjanjian yang dimeterai oleh Majlis Kerjasama Singapura-Jiangsu ke-16 (SJCC).

Kedua-dua pihak akan secara bersama melatih kakitangan awam dan bertukar-tukar kepakaran dalam bidang-bidang seperti perlindungan dan pengurusan hak milik intelektual.

Penubuhan sebuah taman perusahaan sifar karbon juga sedang diusahakan, selain meninjau isu penduduk semakin menua di China.

Bagi menanganinya, mereka akan memanfaatkan perkhidmatan hidup berbantu, sokongan masyarakat dan jagaan di rumah.

Taman Perusahaan Suzhou di Jiangsu pula akan juga menyaksikan lebih banyak projek dalam reka bentuk hijau, R&D teknologi hijau dan aplikasinya.

Perdagangan dua hala mencecah sekitar $17.3 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun ini, iaitu peningkatan lebih 12 peratus berbanding tahun lalu.

"Dengan lejangan positif dicapai dalam projek-projek tersebut, kami boleh meningkatkan dan meluaskan kolaborasi dalam pembangunan hijau di bahagian lain di Jiangsu," kata Pengerusi Bersama, Majlis Kerjasama Singapura-Jiangsu. Indranee Rajah.

"Memandangkan lokasi dan betapa dekatnya Singapura kepada pasaran berpotensi, ekosistem yang menyokong dan keterhubungan antarabangsa, Singapura adalah tempat yang baik di mana syarikat-syarikat Jiangsu boleh melancarkan perniagaan mereka secara serantau mahupun antarabangsa," tambah beliau.
Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita