SG, China perkukuh hubungan dua hala dipertingkat semasa lawatan Wang Yi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI)
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Menteri Luar China Wang Yi menegaskan lagi pada Jumaat (11 Ogos) "hubungan kukuh sejak sekian lama", yang dipertingkat pada April lalu.
Encik Wang sedang berada di Singapura bagi lawatan dua hari.
Keputusan untuk mempertingkat hubungan dua hala itu dibuat menyusuli mesyuarat yang diadakan awal tahun ini antara Encik Lee dan Presiden China Xi Jinping di Beijing.

Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) menyatakan pada ketika itu bahawa kerjasama yang dipertingkat mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk terus memperluaskan kerjasama dua hala serta memperjuangkan kerjasama dalam bidang baharu seperti ekonomi digital dan hijau.
Pada Jumaat, Encik Lee dan Encik Wang berbincang tentang bagaimana untuk memperluas dan memperdalam kerjasama, yang akan membawa manfaat kepada kedua-dua negara dan rantau tersebut, nyata MFA dalam satu kenyataan media.
Encik Wang juga memberi kemas kini kepada Encik Lee berhubung keutamaan dasar luar China.
Encik Lee mengalu-alukan usaha China untuk terus mendampingi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan menantikan kerjasama ASEAN-China yang lebih rapat, nyata MFA.
"Kedua-dua pihak menegaskan pentingnya membina rantau yang terbuka, aman dan inklusif," nyatanya.
Encik Wang juga mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong.
"Mereka menilai dengan teliti kemajuan memberangsangkan yang dicapai dalam kerjasama dua hala itu, yang diperkukuh oleh tiga projek antara pemerintah kami di Suzhou, Tianjin dan Chongqing, dan platform yang diinstitusikan seperti Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC)," nyata MFA.
Ia merupakan ulang tahun ke-15 projek Bandar Eko Tianjin Sino-Singapura dan kedua-dua pihak berusaha memanfaatkan peluang untuk menyuntik pembaharuan terhadap kerjasama dua hala.
Encik Wong akan melawat China pada lewat tahun ini untuk mempengerusi bersama JCBC ke-19 dengan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.