SG, China muktamadkan rundingan FTA; bakal perluas kerjasama dalam 6 bidang
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri China Li Qiang. (Gambar: CNA/Koh Wan Ting)
BEIJING: Singapura dan China sudah menamatkan rundingan berhubung perjanjian perdagangan bebas yang dipertingkat, yang akan mengukuhkan akses pasaran bagi perniagaan, sehari selepas negara-negara mengumumkan peningkatan hubungan dua hala yang diperkukuh.
Negara-negara tersebut juga menandatangani enam perjanjian pada Sabtu (1 Apr) bagi memperluaskan kerjasama dalam bidang-bidang dari keselamatan makanan hingga ke seni dan pemuliharaan kepelbagaian biologi.
Memorandum Persefahaman (MOU) itu ditandatangani antara para pegawai pemerintah Singapura dalam rombongan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan rakan-rakan sejawatan mereka dari China, dengan PM Lee dan Perdana Menteri baru China Li Qiang menyaksikan penandatanganan itu di Dewan Besar Rakyat di Beijing.
PM Lee disambut dalam upacara rasmi dan menyampaikan ucapan pembukaan sebelum sesi penandatanganan itu.
Sabtu menandakan hari terakhir beliau ke China, yang bermula pada Isnin.
Pada Jumaat, PM Lee bertemu Presiden China Xi Jinping, dan kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menmpertingkatkan hubungan dua hala ke tahap "Kerjasama Berlandaskan Masa Depan Bermutu Tinggi Secara Menyeluruh".
Dalam kenyataan bersama pada Sabtu oleh kedua-dua negara, Singapura menyatakan pihaknya mengesahkan sokongannya bagi pembangunan China dan mengalu-alukan komitmennya untuk melakukan perubahan dan membuka sempadan.
"China memuji penyertaan kukuh Singapura dalam perjalanan modenisasi China, di mana ia membina asas kukuh bagi kerjasama dua hala, dan menyuarakan sokongan bagi pertumbuhan berterusan dan kemakmuran Singapura," menurut kenyataan itu.
Singapura dan China juga menyatakan ia mengalu-alukan bidang-bidang kerjasama baru dan "memanfaatkan sepenuhnya mekanisme silang pemerintah" seperti Majlis Bersama Kerjasama Dua Hala. Majlis tersebut adalah wadah dua hala tertinggi di mana kedua-dua negara menyemak kerjasama dan melakar wadah baru bagi kerjasama.
FTA YANG DIPERTINGKAT
Kedua-dua pihak juga mengalu-alukan tamatnya perbincangan bagi mempertingkatkan Perjanjian Perdagangan Bebas China-Singapura (CSFTA), yang akan mengukuhkan akses pasaran bagi perniagaan dari kedua-dua negara untuk melakukan perdagangan dan pelaburan dalam pasaran satu sama lain, jelas kenyataan itu.
Perjanjian itu adalah FTA dua hala menyeluruh yang pertama oleh China yang dimuktamadkan dengan sebuah negara Asia, dan ditandatangani pada 2009, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura.
Singapura adalah pelabur asing terbesar China sejak 2013, manakala China pula adalah destinasi pelaburan paling utama Singapura sejak 2007.
Pada 2020, rundingan dilancarkan bagi mempertingkatkan FTA kedua-dua negara itu. Ini termasuk peraturan lebih bebas dan telus bagi memberi peluang setara kepada para pelabur dan pembekal khidmat antara kedua-dua negara.
Pemerintah China dan Singapura sedang bekerjasama dalam aspek guaman dokumentasi itu sebelum perjanjian akhir ditandatangani. Perjanjian itu akan dimeterai sebelum dilaksanakan.
Kedua-dua pihak dijangka akan menandatangani protokol bagi rundingan seterusnya secepat mungkin tahun ini, dedah kenyataan tersebut.
Keeenam-enam perjanjian yang ditandatangani pada Sabtu termasuk satu berhubung keselamatan makanan, dengan China dan Singapura bersetuju untuk bertukar-tukar maklumat berhubung peraturan keselamatan makanan dan bagi meningkatkan kerjasama dalam perdagangan makanan.
Kedua-dua negara itu juga memeterai MOU berhubung pengurusan pertikaian komersil antarabangsa bagi Jalur Ekonomi Laluan Sutera China, dan kajian air dan sekitaran.
Perjanjian juga ditandatangani bagi memupuk pertukaran budaya dan artistik dan bagi bekerjasama dalam bidang pemuliharaan kepelbagaian biologi.
Perjanjian ketujuh bagi memperkukuhkan kerjasama Singapura dengan Beijing serta pertukaran dari rakyat ke rakyat dimeterai pada Jumaat oleh Duta Singapura ke China Lui Tuck Yew dan Datuk Bandar Beijing Yin Yong.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.