Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG, China meterai 19 perjanjian baru

Anggaran Waktu Membaca:
SG, China meterai 19 perjanjian baru

Gambar: Facebook/Heng Swee Keat

Diterbitkan : 02 Nov 2022 07:30AM Dikemas Kini : 02 Nov 2022 07:35AM
SINGAPURA:Singapura dan China telah memeterai 19 perjanjian kerjasama baru semasa forum Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) pada Isnin (1 Nov).

Ia termasuk dalam bidang ekonomi digital dan ekonomi hijau serta perhubungan.

Inilah kali pertama selepas dua tahun, forum tahunan tertinggi antara kedua-dua negara itu diadakan semula secara fizikal.

JCBC yang diadakan di Singapura tahun ini dipengerusikan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat dan Naib Perdana Menteri China, Han Zheng.

Kedua-dua pihak berkata kemajuan telah dibuat dalam usaha mengukuhkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Ia termasuk memulihkan secara bertahap-tahap, jumlah penerbangan antara kedua-dua negara, ke paras sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Selain itu, Singapura dan China bersetuju untuk terus bekerja rapat dalam bidang inovasi meliputi semua sektor.

Naib Perdana Menteri China, Han Zheng, adalah pemimpin China paling kanan melawat Singapura sejak pandemik COVID-19 bermula hampir tiga tahun lalu.
Sumber : CNA/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan