Skip to main content

Singapura

SG, China akhiri latihan tentera laut bersama

Anggaran Waktu Membaca:
SG, China akhiri latihan tentera laut bersama

(Gambar: Facebook/Angkatan Laut Republik Singapura)

SINGAPURA: Singapura dan China mengakhiri latihan tentera laut bersama pada Isnin (1 Mei).

Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China PLA(N) menjalankan Latihan Kerjasama Maritim dari 28 April hingga 1 Mei.

Panglima Flotila Pertama RSN Kolonel (COL) Daniel Ng Kok Yeng dan Ketua Staf Flotila Pemusnah PLA(N), Kapten Kanan Mei Leyang merasmikan acara penutup di RSS Singapura, Pangkalan Tentera Laut Changi pada Isnin (1 Mei).

"Sepanjang latihan dijalankan, kakitangan dari kedua-dua pihak tentera laut berlatih bersama dalam pelbagai latihan kecekapan," kata Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF).

Tentera kedua-dua pihak menyertai latihan-latihan perancangan bersama, pertukaran dan latihan gabungan di Pelatih Kawalan Kerosakan (DCT). Mereka juga mengambil bahagaian dalam beberapa siri latihan, termasuk pendaratan lintasan geladak helikopter serta operasi mencari dan menyelamat.

COL Ng berkata: "Latihan ini adalah pencapaian penting antara kedua-dua tentera laut. Ia menandakan penyambungan semula latihan-latihan kami berikutan tempoh sekatan akibat COVID-19."

"Latihan Kerjasama Maritim 2023 menawarkan peluang yang berharga untuk belajar dari satu sama lain, mengukuhkan kepercayaan dan kefahaman antara dua negara."

Kapten Kanan Mei menambah bahawa latihan itu "menggalakkan lagi pertukaran, mengukuhkan kerjasama dan mempertingkatkan persahabatan."

MINDEF menyatakan bahawa latihan tersebut menggariskan "hubungan pertahanan dua hala yang mesra" antara kedua-dua negara.

"Selain latihan-latihan dua hala, kedua-dua angkatan tentera berinteraksi melalui pertukaran peringkat tinggi, lawatan dua hala, menghadiri kursus dan menyinggah pelabuhan-pelabuhan."

Dua tahun lalu, China dan Singapura mengadakan latihan tentera bersama di perairan antarabangsa di bahagian selatan Laut China Selatan.

Ia berlaku sejurus selepas peningkatan pada perjanjian pertahanan dua hala pada 2019 untuk mengadakan latihan-latihan berskala besar buat pihak tentera, tentera laut dan tentera udara.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita