Skip to main content

Singapura

SG, China akan bincang usaha tingkatkan pelaburan, perdagangan: Gan Kim Yong

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Dec 2025 07:08PM Dikemas Kini : 27 Dec 2025 11:22PM
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata Singapura mahu bekerjasama dengan China dalam bidang-bidang seperti membuka laluan baharu bagi pelaburan serta mengukuhkan hubungan perdagangan.

Bidang utama itu, kata beliau, akan dibincangkan semasa dialog Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) yang akan diadakan pada Isnin (15 Dis).

Encik Gan berkata demikian dalam satu tulisan rencana komentar.

Menurut Encik Gan, kedua-dua pihak juga mahu meluaskan kolaborasi ke pasaran negara ketiga.

Contohnya, membantu syarikat-syarikat di Asia Tenggara menembusi pasaran China melalui Singapura dan sebaliknya.

Encik Gan menambah kedua-dua pihak akan terus bekerjasama dalam teknologi rendah karbon, usaha iklim serta peralihan tenaga Singapura di samping memperdalam pertukaran mengenai kawal selia kecerdasan buatan (AI).

Kesemua usaha itu disokong oleh hubungan yang erat sesama rakyat, yang akan terus diperdalamkan oleh kedua-dua pihak melalui penglibatan di setiap peringkat dari lawatan rasmi hingga ke acara sukan dan belia.
Sumber : CNA/AI/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita