SG, Chile & New Zealand mulakan rundingan perjanjian ekonomi hijau
Anggaran Waktu Membaca:
GYEONGJU: Singapura, Chile dan New Zealand pada Jumaat (31 Okt) memulakan rundingan bagi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Hijau (GEPA) baharu, dengan komitmen untuk bersama-sama melangkah ke arah masa depan yang rendah karbon.
Perjanjian itu boleh menyaksikan kesemua tiga negara itu bekerjasama dalam beberapa aspek ekonomi hijau, seperti bahan api mampan bagi penerbangan, kredit karbon, sijil tenaga boleh diperbaharui dan langkah-langkah iklim berkaitan perdagangan.
Perdana Menteri Lawrence Wong dan rakan-rakan sejawatannya dari Chile dan New Zealand mengumumkan pelancaran rundingan tersebut di Korea Selatan, di mana Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) sedang diadakan.
Menyifatkan perjanjian itu sebagai satu pencapaian penting dalam perdagangan antarabangsa, PM Wong berkata pertumbuhan dan kemampanan sebelum ini dianggap sebagai keutamaan yang saling bersaing.
"Namun kemajuan-kemajuan teknologi sudah mencabar tanggapan itu,"ujar beliau, sambil menambah baru-baru ini perkembangan membuktikan bahawa kedua-dua keutamaan boleh saling mendukung satu sama lain.
Perdagangan, menurut PM Wong, boleh memudahkan peralihan hijau bersama - dengan membolehkan barangan, perkhidmatan, teknologi serta kewangan mengalir rentas sempadan.
Itulah sebabnya mengapa ketiga-tiga negara menubuhkan sebuah kumpulan kerja bersama bagi perdagangan dan ekonomi hijau pada November 2024, kata PM Wong.
Perkembangan geopolitik dan komitmen iklim sedang membentuk semula keutamaan perniagaan, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menerusi satu kenyataan media.
Strategi-strategi perdagangan dan matlamat persekitaran kini semakin saling terhubung dan syarikat-syarikat sedang menyesuaikan diri dengan peraturan-peraturan baharu serta permintaan yang berubah-ubah, menurut MTI, sambil menambah bahawa peralihan kepada masa depan rendah karbon mewujudkan cabaran dan juga peluang.
APA YANG DIRUNDINGKAN?
Para pegawai sudah menyarankan topik-topik awal untuk dipertimbangkan di bawah GEPA, termasuk isu-isu yang "kepentingannya semakin menonjol", kata PM Wong.
Beliau berkata bahan api mampan bagi penerbangan boleh membawa kesan ketara jika digunakan rentas sempadan, manakala kredit karbon boleh diperdagangkan untuk menyokong peralihan sifar bersih.
Langkah-langkah iklim berkaitan perdagangan juga boleh disejajarkan lebih baik dengan matlamat dasar, tambah beliau.
"Sasaran kami adalah untuk menetapkan peraturan dan piawai bagi topik-topik ini, supaya akan ada keselarasan dan asas yang sama dalam apa sahaja yang kami lakukan. Dan dengan mengambil langkah sedemikian, GEPA boleh membantu memodenkan dasar perdagangan dan pelaburan untuk menyokong aliran barangan dan khidmat persekitaran," kata beliau.
Ia juga akan membuka peluang baharu dalam ekonomi hijau untuk syarikat-syarikat Singapura, mewujudkan pekerjaan yang baik dalam sektor-sektor berkaitan dan mengurangkan halangan kepada perdagangan dan mempercepatkan peralihan hijau.
Menurut PM Wong, Singapura, Chile dan New Zealand mungkin negara yang kecil, tetapi ketiga-tiga negara itu sudah membuktikan pencapaiannnya dalam merintis perjanjian inovatif bersama.
Beliau menarik perhatian kepada langkah ketiga-tiga negara memulakan Kerjasama Ekonomi Strategik Rentas Pasifik bersama Brunei, yang kemudian berubah menjadi Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP).
Ketiga-tiga negara itu juga memeterai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital, yang pertama seumpamanya.
"Ia terus menarik minat daripada ekonomi-ekonomi lain yang berhasrat menyertainya - dan ini petanda nilai yang dapat dilihat oleh negara lain dalam perjanjian itu," kata PM Wong.
"Sekarang, kami mengambil pendekatan kerjasama yang sama untuk ekonomi hijau."
Beliau menggalakkan para pegawai daripada ketiga-tiga negara tersebut untuk melihat melangkaui pendekatan-pendekatan konvensional, mendakapi idea-idea baharu dan menerima pandangan daripada sektor privet.
"Saya yakin dengan bekerjsama, kita boleh mengubah perdagangan menjadi seusatu yang bermanfaat, memangkin pertumbuhan ekonomi di samping memainkan peranan kita untuk alam sekitar dan tindakan iklim sejagat," ujar PM Wong.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.