SG cadang larang kandungan 'deepfake' bagi calon pilihan raya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura pada Isnin (9 Sep) mengusulkan rang undang-undang untuk melarang video 'deepfake' serta kandungan digital lain yang disunting melibatkan calon semasa pilihan raya.
Rang Undang-Undang Pilihan Raya (Integriti Pengiklanan Online) yang dikemukakan Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI), akan memperkenalkan undang-undang terhadap kandungan dihasilkan secara digital atau yang disunting semasa pilihan raya.
Ia termasuk maklumat salah yang dijana oleh Kecerdasan Buatan (AI), yang dikenali sebagai 'deepfake'.
Langkah tersebut dilaksanakan di tengah-tengah kebimbangan mengenai 'deepfake' yang berbahaya di seluruh dunia. Singapura juga menyaksikan lebih banyak kandungan serupa, termasuk kandungan yang digunakan untuk kes penipuan dan pemerasan.
Pilihan Raya Umum Singapura seterusnya perlu diadakan sebelum November 2025.
APA YANG DIRANGKUMI RANG UNDANG-UNDANG ITU?
Jika ia diluluskan, Rang Undang-Undang tersebut akan melarang penerbitan kandungan yang dihasilkan secara digital atau disunting semasa pilihan raya, di mana ia memaparkan calon mengatakan atau membuat sesuatu yang sebenarnya tidak dilakukan mereka.
Larangan tersebut hanya dikenakan terhadap pengiklanan online pilihan raya yang menggambarkan individu bertanding sebagai calon.
Ia akan berkuat kuasa sebaik sahaja writ pilihan raya dikeluarkan dan sehingga tamatnya pengundian, kerana kandungan yang diterbitkan semasa tempoh tersebut boleh memberi kesan dan pengaruh yang besar atas perilaku pengundi, kata seorang jurucakap MDDI.
Larangan itu akan dilaksanakan sekiranya tiga syarat dipenuhi:
- Kandungan dihasilkan secara digital atau disunting menggunakan teknik AI serta teknik bukan AI seperti Photoshop, mengubah bunyi atau menyatukan dua klip video.
- Kandungan tersebut boleh "dianggap" sebagai pengiklanan pilihan raya online, di mana ia ditujukan untuk mempromosikan, menyebabkan atau menjejas prospek parti atau individu dalam pilihan raya.
- Kandungan perlu menunjukkan seorang calon mengatakan atau melakukan sesuatu yang sebenarnya tidak dilakukan mereka
Jika kesemua tiga syarat dipenuhi, ia adalah satu kesalahan undang-undang untuk menerbitkan atau menerbitkannya semula, berkongsi atau memuat naik catatan itu.
Rang Undang-Undang tersebut membolehkan Pegawai Pilihan Raya untuk mengeluarkan arahan pembetulan kepada individu yang menerbitkan kandungan sedemikian, penyedia khidmat media sosial, serta penyedia khidmat akses internet untuk memadam kandungan itu, atau menyekat akses kepada pengguna Singapura kepada kandungan tersebut semasa tempoh pilihan raya.
Penyedia khidmat media sosial yang gagal mematuhi arahan itu akan berdepan denda sehingga S$1 juta jika sabit bersalah. Bagi pihak yang lain, keengganan untuk mematuhi arahan akan menyebabkan mereka didenda sehingga S$1,000, hukuman penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
Walau bagaimanapun, calon yang tahu bahawa mereka membuat pengisytiharan palsu atau tidak benar boleh didenda atau hilang kerusi dalam pilihan raya.
Dalam taklimat mengenai Rang Undang-Undang yang dibentang itu, jurucakap MDDI berkata bahawa perubahan kecil seperti 'filter' kecantikan tidak dikira kerana ia tidak merakam calon melakukan atau mengatakan sesuatu yang sebenarnya tidak dilakukan mereka.
Watak animasi atau kartun, kandungan hiburan dan 'meme' yang tidak realistik juga dikecualikan.
MDDI menyatakan bahawa larangan tersebut tidak dikenakan ke atas berita yang diterbitkan agensi berita bertauliah, supaya ia dapat melaporkan perkara sebenar berkaitan kandungan terlarang itu.
Ia juga tidak tidak merangkumi kandungan yang dikongsi melalui perbualan privet seperti perbualan online antara dua individu atau kumpulan sembang privet.
MENGAPA IA PENTING?
Menurut MDDI, Singapura menyaksikan kes kandungan dihasilkan AI digunakan untuk menyerupai individu lain, terutama pemegang jawatan politik.

"Kami menganggap Rang Undang-Undang ini bukan untuk menggantikan POFMA, namun sebagai cara untuk menambah dan mengetatkan peraturan di bawah sistem pengiklanan online pilihan raya, supaya dapat memelihara integriti proses pilihan raya kita," tambah MDDI.
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.