SG, Brunei sahkan lagi komitmen perkukuh kerjasama dalam bidang seperti jaminan makanan, daya tenaga
Anggaran Waktu Membaca:
BANDAR SERI BEGAWAN: Singapura dan Brunei pada Selasa (11 Jun) mengesahkan lagi komitmen untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang-bidang seperti jaminan makanan, daya tenaga dan program pertukaran dalam perkhidmatan awam.
Ini dikongsi Perdana Menteri Lawrence Wong selepas bertemu Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Permaisuri Saleha, di Brunei pada pagi tadi.
Ini dikongsi Perdana Menteri Lawrence Wong selepas bertemu Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Permaisuri Saleha, di Brunei pada pagi tadi.
Lawatan tersebut merupakan lawatan ke luar negara pertama PM Wong selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura.
Lawatan itu juga dilakukan atas undangan Sultan Bolkiah dan sedang Singapura dan Brunei meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik.
Lawatan itu juga dilakukan atas undangan Sultan Bolkiah dan sedang Singapura dan Brunei meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik.
"Sepanjang empat dekad lalu, kami berada di samping sisi satu sama lain untuk mengharungi masa-masa sukar mahupun baik," tulis PM Wong di akaun media sosialnya sebagai mengulas tentang pertemuannya dengan Sultan Bolkiah.
"Sebagai dua negara paling kecil di rantau ini, kami berkongsi pelbagai perspektif serupa berkaitan begitu banyak isu strategik."
"Sebagai dua negara paling kecil di rantau ini, kami berkongsi pelbagai perspektif serupa berkaitan begitu banyak isu strategik."
Encik Wong menambah beliau menghargai ikatan rapat dengan Brunei dan inilah juga sebabnya beliau mengadakan lawatan ke Brunei dahulu bagi lawatan pengenalan ke ibu-ibu kota Asia Tenggara.
"Semoga hubungan istimewa ini berkekalan bagi banyak lagi generasi akan datang!" tulisnya lagi.
"Semoga hubungan istimewa ini berkekalan bagi banyak lagi generasi akan datang!" tulisnya lagi.
PM Wong selepas ini akan ke Malaysia untuk bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Rabu (12 Jun).
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.