Skip to main content

Singapura

SG, Brunei perlu cipta peluang ekonomi baharu bersama, kata DPM Wong

Anggaran Waktu Membaca:
SG, Brunei perlu cipta peluang ekonomi baharu bersama, kata DPM Wong

Gambar: Lawrence Wong/Facebook

Diterbitkan : 14 Dec 2023 07:42AM Dikemas Kini : 14 Dec 2023 07:43AM
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong menekankan peri perlunya Singapura dan Brunei mencipta peluang ekonomi baharu bersama.

Beliau menambah bahawa kedua-dua negara juga harus menggalakkan pembangunan mampan.

Kedua-dua pihak katanya mesti membentuk satu wadah serantau berasaskan peraturan di mana semua negara, kecil atau besar, boleh berkembang maju.

DPM Wong berada di Brunei bagi Program Pemimpin Muda Ke-9.

Lawatannya ke Brunei bermula pada Isnin (11 Dis) hingga Khamis dengan disertai lima penyandang jawatan politik.

Beliau menyaksikan pentauliahan kapal peronda kedua daripada dua kapal yang dipindahkan daripada Tentera Laut Singapura kepada Tentera Laut Brunei.

Kementerian Ehwal Luar Singapura berkata pemindahan itu mencerminkan kerjasama pertahanan yang erat dan lama antara kedua-dua negara.

Ketika di acara pemimpin muda itu kemudian, Encik Wong turut menekankan komitmen Singapura untuk memastikan bahawa generasi pemimpin akan datang akan terus menggalak perkongsian ke tahap yang lebih tinggi.

"Oleh itu, kita harus meningkatkan usaha untuk menggalakkan lebih banyak pertukaran antara belia kita, dan memupuk pemimpin belia di kedua-dua pihak supaya mereka mempunyai pemahaman yang luas tentang sejarah kita, budaya kita, dan keperluan dan perspektif strategik kita," kata Encik Wong yang mempengerusikan bersama Program Pemimpin Muda Singapura-Brunei untuk pertama kalinya dengan Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah, yang juga seorang menteri kanan.
Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong (kiri) dan Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah (kanan), yang juga seorang menteri kanan. (Gambar: Lawrence Wong/Facebook)
Singapura dan Brunei meraikan ulang tahun hubungan diplomatik yang ke-40, tahun depan.
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita