SG, Britain meterai perjanjian saling bertukar maklumat, kepakaran kawal selia keselamatan nuklear
Anggaran Waktu Membaca:
Tangkapan skrin video Mediacorp
SINGAPURA: Singapura dan Britain memeterai satu perjanjian baharu untuk saling bertukar-tukar maklumat dan kepakaran dalam bidang kawal selia keselamatan nuklear.
Perjanjian antara Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dengan Pejabat Kawal Selia Nuklear Britain juga meliputi latihan kakitangan saintifik dan teknikal.
Perjanjian itu dimeterai beberapa minggu selepas Singapura mengumumkan ia akan menjalani satu penilaian antarabangsa pada tahun 2027.
Penilaian tersebut bertujuan menentukan sama ada Singapura sudah bersedia membuat keputusan lebih berhemah berhubung penggunaan tenaga nuklear.
NEA menyatakan perjanjian itu akan mengukuhkan keupayaan Singapura dari segi perlindungan daripada radiasi, keselamatan nuklear dan penilaian teknikal.
Melalui kerjasama dengan badan kawal selia yang sudah mantap, agensi itu dapat memperdalam kepakaran teknikalnya untuk memahami teknologi reaktor baharu.
Ini di samping membangunkan keupayaan institusi yang diperlukan untuk melaksanakan penilaian keselamatan nuklear secara rapi.
Rakan Kongsi The Lantau Group Dr David Broadstock berkata: "Sepanjang dua hingga tiga tahun akan datang, apabila penilaian dilakukan bagi potensi penggunaan nuklear di Singapura, perkara paling penting adalah mempunyai semua maklumat yang relevan, tanpa sebarang jurang dalam pengetahuan.
"Jika tidak, kita mungkin membuat kesilapan dalam penilaian kita dan kita mungkin akan terlepas daripada memanfaatkan teknologi yang berguna untuk kita mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, iaitu satu isu sangat mencabar buat Singapura."

Sumber : CNA
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.