Skip to main content

Singapura

SG, Britain komited perkukuh kerjasama dalam inovasi kesihatan, kesiapsiagaan pandemik

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Dec 2025 08:57PM Dikemas Kini : 25 Dec 2025 11:09PM
LONDON: Singapura dan Britain sedang berusaha mengukuhkan kerjasama dalam bidang seperti inovasi jagaan kesihatan dan kesiapsiagaan menghadapi pandemik.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata kerjasama itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara, memandangkan terdapat persamaan dari segi demografi penduduk dan keperluan penjagaan kesihatan.

Beliau berkata demikian di Dialog Kesihatan UK-Singapura yang diadakan buat julung-julung kalinya di London.

Encik Ong turut menemui Setiausaha Negara UK bagi Kesihatan dan Jagaan Sosial, Wes Streeting.

Kedua-dua pemimpin itu membincangkan cabaran dalam sektor kesihatan, manakala para pegawai kedua-dua pihak pula berkongsi inisiatif setempat dalam bidang seperti perubatan jitu.
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita