SG boleh terbahagi dua jika ketidaksamarataan tidak ditangani, kata Pritam Singh
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura mungkin terbahagi dua sekiranya lebih banyak tidak dilakukan untuk menangani ketidaksamarataan.
Demikian menurut Ketua Pembangkang Singapura Pritam Singh pada Rabu (22 Feb).
Memulakan perbahasan parlimen mengenai Kenyataan Belanjawan 2023, Ketua Parti Pekerja (WP) itu menyifatkan keadaan yang berpotensi berlaku itu sebagai ancaman yang "dilihat semakin ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini" dan ia mungkin menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Satu bahagian Singapura, menurut Encik Singh, terhubung dengan dunia sebagai sebuah hab ekonomi di mana gaji tinggi dan peluang melimpah ruah.
Sebahagian lagi adalah Singapura yang didiami kebanyakan rakyat, di mana terdapat tanggapan mengenai mobiliti sosial yang perlahan, terkait dengan realiti harga perumahan yang tinggi, tambah Encik Singh.
"Kedua-dua Singapura ini mungkin dengan mudah boleh menjadi satu realiti yang mencetuskan pergeseran dalam masyarakat. Singapura adalah satu titik merah yang kecil dan pertembungan antara kedua-dua Singapura ini mungkin tidak dapat dielakkan," ujar beliau.
Encik Singh berkata partinya, WP, akan menyokong Belanjawan 2023 walaupun beliau meluahkan keraguan terhadap Belanjawan itu yang disifatkan sebagai belanjawan 'Robin Hood' oleh sesetengah pihak, di mana hasil golongan mewah diberikan kepada golongan kurang berkemampuan.
Beliau menyatakan langkah Pemerintah menerusi Belanjawan untuk "menyamakan peluang dengan lebih baik menerusi campur tangan fiskal" - seperti menaikkan cukai bagi hartanah dan kenderaan mewah.
Encik Singh berkata pihak yang menyifatkannya sebagai Belanjawan "Robin Hood" mungkin "mengukuhkan tanggapan Singapura akan terbahagi dua".
Untuk menangani kedua-dua tanggapan serta realiti itu daripada berlaku dalam sebahagian golongan Singapura yang terbahagi dua itu, pengagihan semula mesti menjadi teras dasar Pemerintah, tekan Encik Singh.
PEKERJAAN DAN CUTI KERJA
Setiausaha Agung WP itu kemudian mengemukakan soalan berhubung beberapa pengumuman Belanjawan.
Beliau bertanya bagaimana inisiatif Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran, yang bertujuan untuk membantu majikan meningkatkan latihan dan penempatan pekerja, berbeza daripada usaha-usaha sebelum ini, seperti Program Penukaran Profesional (PCP) dan rangka kerja SkillsFuture.
Encik Singh juga bertanya apakah penunjuk prestasi yang akan digunakan untuk menentukan keberkesanan Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran, serta perbelanjaan fiskal yang akan diperuntukkan bagi inisiatif itu.
Mengenai lanjutan Kredit Pekerjaan Warga Emas, yang menyediakan pengimbangan gaji bagi majikan yang mengambil pekerja lanjut usia, Encik Singh berkata para pekerja seharusnya diberikan lebih banyak sokongan.
Beliau menarik perhatian Pemerintah membayar sehingga 3 peratus daripada gaji pekerja berusia antara 55 hingga 64 tahun.
Dalam ucapannya, beliau juga menyentuh tentang saranan berkaitan dengan cuti bapa yang digandakan, untuk mengecualikan golongan lelaki daripada tugasan Perkhidmatan Negara (NS) pada tahun anak mereka dilahirkan.
PERSARAAN DAN PERUMAHAN
Berbalik kepada kecukupan persaraan, Encik Singh berkata WP menyokong kenaikan had gaji bulanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) kepada S$8,000.
Namun, beliau meminta penjelasan sama ada Pemerintah akan mempertimbangkan untuk memperuntukkan peratusan dana CPF lebih tinggi kepada Akaun Khas.
Dalam pandangannya, langkah itu akan membantu menampung keperluan persaraan rakyat Singapura dengan lebih baik, disebabkan faedah lebih tinggi pada Akaun Khas.
Bagi tambahan pada geran CPF untuk pembeli flat jualan semula, Encik Singh membangkitkan keprihatinan mengenai kenaikan harga rumah untuk menjadi sepadan dengan geran bagi pembeli kali pertama.
Beliau juga meminta butiran lanjut mengenai penilaian tanah bagi kegunaan awam dan privet.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.