SG boleh jadi gerbang bagi syarikat Jerman tebar sayap ke Asia: DPM Heng
Anggaran Waktu Membaca:
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat (Gambar: Facebook/Heng Swee Keat)
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata Singapura boleh menjadi pintu gerbang untuk syarkat-syarikat Jerman memperluaskan perniagaannya ke ASEAN dan rantau Asia-Pasifik.
Ini memandangkan Singapura mempunyai 27 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan ia juga sebahagian daripada Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), yang dianggotai 15 negara.
DPM Heng menambah Singapura juga boleh menjadi nadi inovasi Asia bagi teknologi dan keusahawanan.
Ini selain menjadi sebuah pangkalan modal untuk kegiatan penggabungan dan pemerolehan.
Berucap di Sidang Puncak Ekonomi WELT di Berlin, Jerman, DPM Heng mencadangkan pengantarabangsaan dan pembaharuan struktur sebagai antara cara yang boleh didakapi bersama oleh negara-negara demi memacu pusingan pertumbuhan ekonomi seterusnya.
Ini termasuk memperjuangkan perdagangan bebas dan penyepaduan ekonomi.
Beliau juga menyebut tentang berlabur dalam penyelidikan dan pengembangan (R&D) serta pendidikan bagi golongan muda dan pembelajaran sepanjang hayat untuk golongan bekerja.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.